Pengacara dan cef selebriti popular, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail hari ini menghadiahkan barangan kemas kepada kakak-kakaknya.
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Chef Wan dilihat menemani dua kakaknya ke sebuah kedai emas terkenal untuk menukar emas lama milik arw4h ibu mereka kepada emas baru.
Chef Wan memperuntukkan kira-kira RM10,00 setiap seorang kepada setiap kakaknya itu sebagai ‘hadiah’ untuk kedua-dua mereka menukarkan emas milik arw4h ibu.
View this post on Instagram
Dalam hantaran sebelum ini, Chef Wan memaklumkan, tindakan mereka menukar emas lama itu kerana generasi kini lebih suka kepada bentuk dan ‘design’ emas terkini.
“Tengok sahaja telatah dua ‘sisters’ ni bawang putih dan bawang merah masuk Habib. Dah bajet seorang RM10,000 nak gelang matching (sama) pula.
“Wan cincin..cincin tak ada nak satu set. Banyak cantik, kau ingat aku ni laki kamu ke? Nak cincin kena sign (tandatangan) jadi orang gaji aku bolehlah kan?,” tulis Chef Wan pada laman Instagramnya.
Selepas dua kakaknya itu mencuba beberapa jenis gelang akhirnya mereka bersetuju membeli beberapa rantai dan difahamkan semua pembelian itu ditaja oleh Chef Wan.
View this post on Instagram
Kelihatan juga raut wajah gembira kedua-dua adik beradik Chef Wan itu selepas menerima ‘hadiah’ tersebut dan ujar mereka barang kemas itu hendak dipakainya sampai m4ti.
Apapun, bertuahnya dapat adik beradik yang tidak lokek berkongsi rezeki. Semoga Chef Wan sentiasa dimurahkan rezeki.
View this post on Instagram
Terdahulu, Chef Wan tidak dapat menahan tangisan di Konti Buletin FM ketika berkongsi cerita mengenai pemergian arw4h ibunya, Allahy4rham Noraini Abdullah yang men1nggal dunia pada 12 Januari lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: cari