Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sebelum ini menjadi bualan ramai selepas hadir menggayakan Pyjama Selimut Kain Perca Multiracial hasil rekaan Behati di acara karpet merah pada malam Anugerah Gempak Most Wanted 2022 yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, baru-baru ini.
Menggayakan Busana Ala Bertelekung
Menerusi hantaran di Instagram, DSV sekali mencuri perhatian ramai selepas tampil dengan persalinan keduanya pada malam acara yang sama, iaitu busana ala bertelekung kombinasi warna perak dan beige rekaan Behati.
“Second outfit for #gempakmostwanted2022. Konsep Menutup Aurat Pergi Event?”-kapsyen DSV di Instagram
View this post on Instagram
Pelbagai Reaksi Netizen!
Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen sempat berselor0h DSV boleh terus mengerjakan solat tarawih menjelang Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, malah ramai yang turut mengkritik busana telekung DSV yang disifatkan tidak menghorm4ti Islam yang menggunakan telekung untuk solat.
“Okay boleh terus pi terawih ni nanti.”
“Kelmarin selimut, harini telekung. Esok apa Dato?.”
“Ingatkan khemah bazaar ramadhan tadi.”
“Telekung adalah pakaian yang suci untuk kita mengadap Illahi untuk solat. Oleh itu jangan dibuat main tentang telekung kerana ia mempunyai maksud yang sangat SUCI buat semua umat Islam..”
“Telekung dibuat memain untuk glamour. Astaghfirullah. Suci telekung itu buat umat Islam.”
“Ini untuk bersolat kerana Allah atau menunjuk- nunjuk.”
“Fesyen mengarut je. Ni macam menganjing orang yang nasihat minta jaga avrat je.”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: murai.my