‘Batal Perkahwinan’ Atikah Suhaime Perjelas Punca Sebenar

PELAKON Atikah Suhaime mengakui, sebagai wanita dia berasa kecewa apabila majlis perkahwinannya dengan penyanyi Awi Rafael dibatalkan, hanya beberapa hari sebelum ia sepatutnya berlangsung Ahad ini.

Bagaimanapun Atikah atau Nur Atikah Mohd Suhaime berkata, dia akur dengan keputusan itu atas permintaan keluarga.

“Sebagai seorang perempuan biarlah pihak lelaki yang memberi jawapan dahulu. Saya hanya boleh katakan kami tiada jodoh untuk bersama.

“Saya akur dengan keputusan keluarga dan saya amat menghormati Awi dan keluarganya,” ujarnya aktres berusia 28 tahun itu kepada mStar Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dear sea of all secrets, I seek your help for a little miracle 🙏🏻🌸

A post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on

Awi atau Muhammad Namawi Ewan Gunawan Rafael dan Atikah mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu di Singapura.

Pada pagi Khamis, Awi menerusi Instagramnya mengumumkan telah menarik diri daripada majlis perkahwinan mereka atas sebab tertentu.

Dalam pada itu Atikah berkata, dia meminta ruang dan akan menjelaskan perkara yang berlaku bila sudah bersedia.

“Saya minta maaf. Saya akan keluarkan kenyataan bila saya sudah bersedia. Saya berharap semua peminat dan rakan media serta rakan industri memahami situasi saya sekarang.

“Saya juga berharap diberi sedikit ruang dan waktu untuk saya ketika ini. Doakan yang terbaik buat saya,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

So tell me smth abt Ganu that I don’t know..🤔

A post shared by Atikah Suhaime 🇲🇨🇸🇬🇲🇾 (@therealatikahsuhaime) on

Sementara itu, menerusi kenyataan pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi memohon maaf kepada semua pihak termasuk media dan meminta supaya memberi ruang serta masa kepada penyanyi berkenaan yang kini berada di Singapura bersama keluarganya.

Nampaknya peminat tidak dapat melihat selebriti Atikah Suhaime dan Awi Rafael disatukan sebagai suami isteri apabila perkahwinan mereka yang dijadualkan berlangsung pada Ahad ini 17 Mac dibatalkan pada saat akhir. Berita itu diumumkan sendiri oleh Atikah menerusi akaun Instagramnya.

Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu. Perkahwinan Dibatalkan, Awi Rafael Muat Naik Video.

Atikah berkata mereka bekerja keras untuk merealisasikan impian untuk bergelar suami isteri, tetapi mungkin tidak cukup kuat berjuang untuk terus mempertahankan cinta mereka.

Bagaimanapun, Atikah berharap hubungan baik antara beliau dan Awi dapat dikekalkan dan berterima kasih kepada penyanyi tersebut yang sering menjaga dan mengambil berat tentang dirinya selama ini.

Hati siapa yang tidak sedih bila sedang menghitung hari untuk menempuh hari bersejarah tetapi ditimpa dengan berita yang sungguh menyedihkan dan terpaksa untuk membatalkan impian untuk berkahwin. Namun, itulah yang dinamakan jodoh. Semoga Atikah dan Suhaimi tabah dengan dugaan ini.

Susah saya nak terima perkara ini (Its difficult for me to accept this)- Atikah

Klik untuk gambar besar

Penyanyi Awi Rafael  juga mengesahkan harus membatalkan perkahwinannya bersama pelakon Atikah Suhaime yang dijadulakan berlangsung pada Ahad ini.

Menerusi entri di Instagram (IG), Awi menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri untuk menarik diri dan tidak mahu membuka aib sesiapa.

Awi harap semua teman akan faham.. Awi sudah coba buat yg terbaik utk dia & Awi sekeluarga sdh pun bersiap sedia utk Ahad ini. Niat dihati adalah utk membina masjid, menutup aib dia yg dulu & membawa dia ke jalan tuhan bersama ke arah hidup baru. Kerna itu Awi tawakkal & terus tunang sejak tahun lalu. 

Namun.. Awi juga mempunyai Ibu dan maruah keluarga. Terlalu berat dugaan baru kali ini.. Awi harap kawan2 semua akan faham. Dahlah.. Awi pun tak ingin bukak aib sesiapa. –

Jodoh di tangan Tuhan & mungkin solat istikarah Awi pun telah dijawab di saat2 akhir ini. 🙏🏻 –

TQ to all my friends tht hv been so supportive & loving, don’t worry I will repay those that hv booked flights etc.. tq for calling me. To co-sponsors for e wedding.. cake & food etc, don’t worry i will call you too. We can give it to the children’s orphanage. –

Kpd rakan2 media, TQ kerana selalu memberi support kpd Awi.. dan kesianlah dia. Tetap berikan sokongan kpd dia, seperti yg kami semua dapat lihat sejak kami bertunang. –

Namun utk Awi.. Awi & keluarga tarik diri. Awi minta maaf, salam. 🙏🏻🙏🏻 Bismillah.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 17 Mac tahun lalu dan dijangka berkahwin setahun kemudian iaitu hujung minggu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  

 

Sumber :  Mstar