Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus, Netizen Lvah Rasa Bimbang – “Tak T4kut Masuk Hospital Lagi?”

Seperti yang ramai ketahui, aktres jelita iaitu Nad Zainal sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan akibat pendar4han pada bahagian paru-paru.

Walaupun pelakon berusia 32 tahun itu kini sudah kembali pulih semula dan berada di dalam keadaan baik, namun ramai peminat yang masih prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Lebih-lebih lagi apabila Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, pelakon Cina Bvta itu dilihat mempromosikan makanan tambahan atau supplement untuk menurunkan berat badan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Namun, perkongsian Nad itu telah mengundang rasa bimbang orang ramai memandangkan dia baru sahaja sembuh dari peny4kitnya.

Bukan itu sahaja, netizen turut risau sekiranya makanan tambahan itu boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap kesihatannya.

Malah, mereka juga bimbang jika peny4kitnya itu kembali menyer4ng semula dan meminta pelakon itu untuk berhati-hati dalam mengambil apa-apa suplemen.

Sumber: Instagram nad.zainal

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: beautifulnara