Puteri Sarah Tulis Lagu Sebagai Simbolik ‘Move On’ Dari Kemelvt Rumah Tangganya

PETALING JAYA – Enggan h4nyut dalam kesed1han, pelakon Puteri Sarah Liyana hadir dengan sebuah karya simbolik kebangkitan semula dan ‘move on’ daripada l4ra hidup dicur4ngi suami.

Bukan karya drama atau filem yang sinonim dengan karier lakonannya, kali ini Puteri Sarah keluar dari zon kebiasaan apabila lagu nukilannya berjudul Terus baru sahaja dilancarkan hari ni.

Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata itu, Terus merupakan lagu yang dihasilkan untuk menggambarkan kemelvt rumah tangganya yang sedang dil4nda b4dai, sekali gus menjadi manifestasi isi hatinya untuk terus kuat dan tabah menjalani kehidupan.

Dinyanyikan oleh pendatang baharu, Sarah Fazny dan Zayani yang mewakili dirinya, Terus mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri Sarah untuk diluahkan dalam dendangan lagu.

“Lagu ini memang mengisahkan tentang apa yang terjadi kepada diri saya. Apa yang berlaku selama ini saya ceritakan dan terjemahkannya menjadi sebuah karya.

“Pendek kata Terus memang mewakili isi hati saya. Saya gembira karya ini akhirnya dapat menemui pendengar hari ini.

“Setidaknya mereka yang senasib dengan saya dapat bangkit dan meneruskan kembali kehidupan seperti biasa,” katanya.

Tambah pelakon bermata bundar itu lagi, bait-bait lirik dan melodi Terus telah diterjemahkan dengan indah oleh komposer baharu, Faizal Ulwi yang mempunyi pengalaman dalam bidang muzik sejak sedekat lalu.

“Bagi membawa seluruh em0si, Sarah Fazny dan Zayani juga menterjemahkan rasa hati mereka dengan nyanyian yang cukup indah untuk mewakili kisah hidup yang dilalui saya sejak beberapa tahun lalu,” ujarnya.

PENYANYI Sarah Fazny dan Zayani mewakili suara hati Puteri Sarah menyanyikan lagu berjudul Terus.

Kata Sarah, dia mahu wanita lain yang mengalami nasib sama sepertinya untuk terus bangkit dan meneruskan kehidupan tanpa merat4pi apa yang telah berlaku.

“Sehebat mana pun kemelvt yang mel4nda, jangan sesekali merat4pi apa yang berlaku. Saya mahu mereka yang senasib dengan saya bangkit dan teruskan kehidupan.

“Setiap masalah ada jalan penyelsaiannya. Jangan sesekali pat4h semangat,” katanya yang turut terlibat sama dalam pembikinan muzik video bersama Sarah Fazny dan Zayani.

Lagu Terus dilancarkan pada 8 Mac 2023 dipilih kerana jatuh pada sambutan Hari Wanita Sedunia yang disambut di seluruh dunia sekali gus menjadi hadiah dan pemb4kar semangat untuk wanita ‘mal4ng’ mencari semula kekuatan.

Tegas Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia mahu mengabadikan tarikh tersebut sebagai simbol ‘move on’ dan mahu semua wanita bangkit daripada segala der1ta yang dilalui mereka.

“Saya mahu jalan terus dan tidak lagi mempedulikan apa sahaja kemelvt yang berlaku. Sebagai wanita dan yang paling penting sebagai seorang ibu, saya harus terus kuat dan bangkit daripada kesed1han untuk meneruskan kehidupan.

“Bangkit bukan bermakna ingk4r, tetapi lebih kepada menyayangi diri sendiri dan tidak membiarkan diri dipij4k,” katanya.

Sebagai tambahan, Sarah Fazny merupakan penyanyi yang dicvngkil bakat menerusi program Mentor Legend 2014 yang menjadi protege kepada Datuk Amy Search. Manakala Zayani pula merupakan peserta program 3 Juara 2016.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Kosmo Online