“Mama Sentiasa Doakan Awak” Tengah Sarat Hamil, Datin Rebecca Sukses Berbisnes & Sambung Ijazah

Reda Allah adalah reda ibu bapa dan mustajabnya doa itu menembus langit, tanpa hijab di depan Rabb. Suka sangat tengok keakraban selebriti dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al Islam bersama ibunya, dua-dua cantik menawan, akrab sungguh bagaikan kawan.

Tampil manis mengenakan hijab AnggunAnggerik Shawl Hijab yang diasaskan, Datin Rebecca, 37 tahun, yang kini sarat h4mil anak keenam turut menitip luahan kata-kata buat ibu kesayangan.

“Ada ni tengah jumpa syurga saya yang cantik lagi manjahhh… Syurga saya cakap, ‘Dah besar perut awak dik tapi Mama tengok masih kuat berusaha cari rezeki. Rehat-rehatlah, tak penat ke?’

Syurga saya bertanya, comel syurga saya. Pastu katanya, ‘Mama sentiasa doakan awak.’ Dahlah baik, lembut jer syurga saya ni.

Saya balas, ‘Selagi larat untuk bekerja insyaAllah okey. Tak penat pun kita enjoy kerja.’ Thank you Mamaku sayang.” Datin Rebecca

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ❤️AllahSwt❤️Still Study👩🏻‍🎓+ BusinessWoman (@rebeccanuralislamahmad)

Sambil memeluk dan mengucup pipi ibunya, Datin Rebecca turut menghadiahkan hijab sarung terbaharu AnggunAnggerik. Bagi yang mengikuti perkembangan mereka, wanita kelahiran Johor ni memang selalu bagi macam-macam. Setiap masa beliau cuba menggembirakan hati si ibu selepas pemergian ayahanda tersayang ke rahmatullah.

Selebriti berdarah kacukan Jawa, Cina dan Arab itu turut aktif menjalankan pelbagai bisnes. Antaranya pengasas produk kesihatan dan kecantikan Becca, Rebecca Frozen Seafood, AnggunAnggerik Shawl Hijab dan terbaharu, penasihat kewangan Hong Leong Takaful melalui Mummy Becca Golds Dream Team.

Isteri kepada Datuk Nor Azam Sulaiman itu juga menyambung pengajian di peringkat Ijazah di Universiti Utara Malaysia sambil menguruskan keluarga serta perniagaan dalam masa yang sama.

Dalam kesibukan itu, menariknya Datin Rebecca masih cuba meluangkan masa berkualiti dengan keluarga tersayang.

“Masa berkualiti dengan syurga saya. 1 jam lebih sementara tunggu mesyuarat seterusnya di HQ HLMT.” Datin Rebecca

Datin Rebecca juga beruntung kerana sentiasa mendapat sokongan daripada suami tercinta, anak-anak. Anak-anaknya iaitu Nor Adam Daniel, Nor Anggun Raverra, Nor Anggerik Renesmee, Nor Aliff Al-Raffael dan Nor Ahmet Al-Reaggan, selain dua lagi anak tiri kesayangan iaitu Nor Arif Qayyum, Nor Khayrin Sofiya, selain anak Anugerah Nor Aurora Riana Norazam.

Semoga Datin Rebecca berjaya dalam setiap aspek kehidupan. Kagum melihat bagaimana beliau mengatur masanya menyeimbangkan tugas sebagai seorang usahawan dan tugas hakiki sebagai isteri dan ibu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:Nona