Menyedihkan Luahan Kecewa Misha Omar Mengenai ‘Status Anak’ Sulongnya!

Penyanyi Misha Omar meluahkan rasa kecewa setiap kali membaca komen dan mesej berkaitan dengan anak sulungnya, Muhammad Adam Emir.Menerusi entri di Insta Story miliknya, Misha memberitahu dia tidak gemar istilah ‘anak angkat’ ditujukan kepada Adam. Sepatutnya, sebagai pengguna laman sosial, netizen atau pembaca haruslah peka dan tidak perlu bertanyakan soalan sensitif secara umum.

Sebagai contoh, jika kita lihat gambar seseorang kelihatan cengkvng kurvs, tidak perlulah menyibuk meninggalkan komen menyentuh senstvti. Kadang kita rasa soalan tu biasa, tapi sebenarnya, tak perlu ditanya. Cukuplah sekadar lihat dan tak perlu mempersoalkan setiap inci yang ada di dalam sekeping gambar.

Antara luahan hati Misha Omar:

“Sepanjang kita bekerja sebagai penyanyi ni kita rasa kita cukup berterus-terang orangnya.

“Semua peristiwa penting dalam hidup kita, kita kongsi dengan awak.

Misha Omar memberi pesanan kepada pembaca di luar sana

“Yes, Adam tu anak angkat saya tapi tak payahlah DM atau komen macam, anak awak masik kecil ni anak angkat awak kan?

Antara ulasan Misha mengenai status anaknya.

“ANAK ANGKAT PUN ANAK SAYA, wak… kita sedar dan sedia maklum istilah itu but kita pilih untuk tak pakai sangat sebab tak suka perkataan itu jadi sempadan untuk kita dan anak kita.

Ada hati & perasaan

“Anak kita ada hati dan perasaan… Dia pun suka baca komen-komen aunty dan uncle-uncle kawan insta mak dia, sekian…” luahnya.

Anak Angkat Yang Sangat Disayangi

Dalam perkembangan lain, Adam bakal memulakan alam persekolahannya di Sekolah Menengah. Misha Omar memohon supaya pembaca dan oeminat di luar sana, hentikan komen-komen yang bertanya isu anak angkat. Bagi beliau, Adam adalah anaknya. Dia membela dan menjaga dengan penuh kasih sayang sedari kecil.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Orang kata angle ni nampak kurus…hahahahhaa!!! Harapkan angle jelah,..2019 kakak ingat kakak nak cuba jadi helokkk mcm @lisasurihani ..🤣🤣🤣🤣

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Paastiny Misha mahu masyarakat diluar sana ada kesedaran dalam adab meninggalkan komen dan pertanyaan di laman sosial. Ada benarnya kata2 Misha Omar, kerana beliau tidak mahu ada pandangan netizen yang tidak adil terhadap Adam. Sedangkan kasih sayang beliau terhadap Adam sememangnya ikhlas sedari dulu lagi. Semoga Misha Omar & suami dikurniakan pahala rezeki melimpah ruah. Semoga Adam membesar menjadi anak soleh & membantu ibu bapa 🙂

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dalam byk2 perangai busuk kau yg tak cukup kalau nak di list kan tu,..aku tetap mengira perangai wangi kau yg cuma beberapa tu,mie.. Hahahahahha🤣🤣🤣

A post shared by Misha Omar (@mishaomar) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

 

Sumber  : Gempak.com