Graduan gigi r0ngak gamatkan majlis konvo… Rupanya di sebalik senyuman ada kisah ng3ri, 3 hari terl4ntar di hospital

BARU-BARU ini tul4r rakaman sidang konvokesyen sebuah institusi pengajian tinggi bertukar gamat dengan hilai tawa susulan aks1 lucu seorang graduan yang disiarkan di skrin besar di dalam dewan.

Menerusi rakaman itu, seorang graduan lelaki menunjukkan simbol tangan isyarat ‘peace’ sambil tersenyum hingga kelihatan giginya yang r0ngak.

Keadaan itu menyebabkan dewan kec0h seketika sehingga Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan) Mara, Datuk Zulfikri Osman yang sedang berucap di atas pentas turut berpaling untuk melihat rakaman di skrin.

“Saya terkejut juga. Saya baca ni macam tak ada yang kelakar, tapi satu dewan ketawa. Tapi tak apalah, hari ini memang hari untuk kita bergembira,” katanya yang disahut dengan tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Berkongsi cerita kepada mStar, pemuda berkenaan, Muhammad Hazim Roslan berkata, ins1den itu berlaku ketika Majlis Konvokesyen Perdana Institut Pendidikan Mara (IPMA) 2023 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Datuk Zulfikri memberi respons susulan aks1 Ayim terpapar di skrin. sumber FB IKM KL

Graduan daripada Institut Kemahiran Mara (IKM) Johor Bahru itu memberitahu, dia pada awalnya mahu menunjukkan paparan ‘ayat bergerak’ menerusi telefon bimbit yang menjadi trend semasa anak-anak muda.

“Saja nak ikut trend yang graduan tunjuk telefon setiap kali konvo dalam dewan tu. Tapi masa visual di skrin sudah terpampang muka saya… tak sempat buka telefon dan saya hanya mampu senyum.

“Terlupa pula dua batang gigi depan tak ada, walaupun sebelum masuk dewan, kawan dah ingatkan jangan senyum nampak gigi. Itu yang saya cepat-cepat tunduk apabila satu dewan ketawa,” ujarnya kepada mStar.

riuh dewan konvo 8

Ayim (empat, kanan) bersama rakan-rakan pada majlis konvokesyen.

Lebih mesra disapa Ayim, pemuda berusia 23 tahun itu mengakui dia malu kerana giginya yang r0ngak, namun menerima hakikat kejadian yang berlaku adalah di luar kawalannya.

Malah, graduan Diploma Kompetensi Kimpalan itu menjelaskan sebenarnya dia kehilangan dua batang gigi selepas terbabit dalam kemal4ngan jalan raya, kira-kira tiga minggu lalu.

“Sebelum majlis konvo, saya berdepan dengan satu ujian. Saya terbabit kemal4ngan ketika menunggang motosikal dekat Johor Bahru.

“Saya dimasukkan ke h0sp1tal selama tiga hari. Dua batang gigi saya pat4h, hidung senget dan sedikit kesan leb4m di bahagian mata selain beberapa keceder4an lain di tangan dan kaki,” ujarnya yang berasal dari Johor Bahru.

riuh dewan konvo 6 W

Ayim terlibat dalam kemal4ngan jalan raya, kira-kira tiga minggu sebelum majlis konvokesyen.

Susulan kejadian itu, anak ketiga daripada enam beradik itu pada awalnya dirinya tidak bercadang untuk menghadiri ke majlis konvokesyen kerana kurang berkeyakinan.

“Apabila video saya di dewan konvo tular, ramai yang tanya tip macam mana saya boleh begitu yakin senyum dengan gigi tak ada. Tapi sebenarnya saya sendiri tak yakin nak datang konvo.

“Penampilan wajah saya berubah. Tapi syukur ada ibu dan ayah yang kuatkan semangat saya untuk hadir, sekali gus menambah keyakinan di hari konvo,” ujarnya lagi.

riuh dewan konvo 4 W

Ibu bapa merupakan penguat semangat Ayim.

Ayim yang kini bekerja sebagai jurukimpal berkata, dia bersyukur kerana selamat dalam nah4s itu dan menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuhan Ilahi.

“Keadaan saya agak tervk ketika kem4lang4n, malah pengsan sebelum dibawa ke h0sp1tal dengan ambulans. Alhamdulillah, Allah panjangkan umur dan beri peluang kedua,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.mstar.com.my/