Penyanyi bersuara lunak, Syura selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Masai, Johor kira-kira jam 9.01 malam pada Isnin. Berita gembira tersebut dimaklumkan oleh suaminya, Muhamad Farizat Ismail menerusi sebuah muat naik posting di laman Instagram hari ini.
“Syukur alhamdullillah, pada 13 march 2023 isteri saya telah selamat melahirkan seorang putera seberat 2.5 kilogram secara normal pada pukul 9.01 malam yang telah dirawat sempurna oleh @drthokha,” tulisnya.
View this post on Instagram
Pada masa sama, lelaki berusia 29 tahun itu mengucapkan terima kasih atas doa dititipkan orang ramai selain mended4hkan nama cahaya mata pertamanya sebagai Muhammad Umar Eussof.
“Terima kasih di atas segala doa yang tak henti-henti dari semua.. hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala doa kalian. Terima kasih sayang untuk anugerah terindah ini.
“Assalammualaikum dan selamat datang sayang daddy mommy, Muhammad Umar Eussof,” katanya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan peminat penyanyi lagu Nazam Berkasih itu men1ngg4lkan ucapan syukur serta tahniah selain mendoakan zuriatnya membesar dengan sihat.
Alhamdulillah.. tahniah. Untuk rekod, Syura atau nama sebenarnya Zuraidah Badron mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada Januari tahun lalu di Masjid As-Salam, Puchong Perdana.
Syura juga mempunyai tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14, dan Muhammad Irfan Aryan, 12 hasil perkahwinan pertama bersama bekas suaminya, Mohd Fadhly Md Yassin.
VIDEO
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : OMM