Isteri kepada influencer terkenal, Alieff Irfan iaitu Nurul Nabilah Aliah Hazman atau dikenali sebagai Bella memberi kejutan kepada suaminya denga menghadiahkan sebuah motosikal Ducati panigale v4s sempena anniversary mereka.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Bella di laman TikToknya, dia meluahkan rasa syukur apabila dapat menghadiahkan suaminya itu sebuah motosikal yang berharga RM150,000 hasil daripada kerja ker4snya dalam perniagaan.
View this post on Instagram
“Alhamdulillah , hasil saya live kat tiktok selama sejam sahaja , i dapat belikan awak hadiah anniversary berharga RM150k and upah untuk awak sebab tolong saya live kt tiktok jugak. Saya ikhlas dan tak ada nak minta balasan apa pun,” ujarnya.
Tambah Bella lagi, dia dan suaminya bukanlah lahir daripada keluarga yang senang dan dia sangat menghargai setiap perjuangan mereka disaat mencari rezeki bersama-sama dalam dunia perniagaan.
Bukan itu sahaja, dia sama sekali tidak mahu mengambil peduli mengenai kata-kata negatif orang lain terhadap keluarganya malah, dia mahu menjadi isteri yang terbaik buat suaminya.
“Kami berdua bukanlah berasal dari keluarga yang kaya raya . Mesti akan ade orang cakap , alaa moto je pun, murah je pun . Tapi tidak mengapa. Orang lain tak nampak kami susah senang sama-sama , struggle sama-sama. Sebab itu setiap hasil yang kami milikki, kami akan hargai sangat.
“Saya nak jadi yang terbaik, isteri yang berdikari dan tak susahkan awak. Saya akan sentiasa sokong awak daripada belakang. Harap awak gembira ya, saya sayangkan awak sayang,” ujarnya lagi.
Sekadar info, Alieff dan Bella telah mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2020 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata kembar, lelaki dan perempuan.
Sumber: Instagram @bellestrelle
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : OMM