Tak Jatuh Hati Pun Dengan Wanita Secantik Neelofa, Ini Penjelasan ‘Padu’ Nabil Ahmad

Nabil Ahmad mengakui dia tidak jatuh hati dengan pasangan pengacaranya menerusi program MeleTop, Neelofa apabila ada netizen meneka sama ada pernah atau tidak Nabil menyimpan perasaan terhadap bintang berkenaan yang sifatkan cantik, popular dan menjadi perhatian ramai itu.

Diusik dengan pertanyaan tersebut oleh wakil media ketika ditemui di majlis pelancaran program YES oleh MVTV di Menara KL baru-baru ini, pemegang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 2008 itu memberitahu hubungannya dengan anak kelahiran Kelantan itu tidak lebih dari rakan sekerja.

Bahkan, keakraban yang terjalin itu didasari atas landasan profesional di antaranya dan Neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MeleTOP eksklusif 8.30 malam esok bersama Tayangan Perdana Ramadan Astro! Jangan lupa tonton tau! Bersiaran di Astro Ria, Ria HD, Astro Prima & Prima HD! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

“Kami punya hubungan sesuatu yang memang betul-betul ‘kau aku’. Kami pun sudah lama kenal dan mungkin sebab itulah kami boleh berkawan memandangkan saya dan dia tahu batas masing-masing.“Kita pun tahu lah taste dia macam mana.

Kita ni despatch la pula,” seloroh Nabil yang turut menambah, dia mengenali Lofa ketika sudah berkahwin dan dia turut menanam azam untuk menjadi ketua keluarga terbaik buat isteri dan anak-anak.“Mula-mula dulu adalah dia (isteri) risau. Tapi bila lama-kelamaan, dia pun tahu kami kerja secara profesional. Malah dia pun tahu percakapan kami pun ‘kau aku’ saja.

Tak timbul pun isu-isu macam tu,” akui Nabil yang turut mendedahkan, dia ada mengambil tip dan nasihat berkenaan isu rumah tangga dengan Ustaz Don.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy birthday my baby mika we loveeee u sooo much , org btw babyna punyer bday gak 🤣 #mikadah6yearsold

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Mengulas sama ada dia terbuka untuk beristeri dua, bintang berusia 34 tahun ini mempunyai jawapannya tersendiri. Katanya kepada MH;

“Tak terfikir nak kahwin atau tambah isteri, yang ada seorang ni pun dah cukup. Saya sedar kemampuan diri dan belum cukup sempurna rasanya nak pegang amanah berat.

“Ilmu agama pun tak banyak, jadi jangan berangan nak tambah isteri. Yang seorang ni pun tak mampu nak kawal, garang semacam, cukuplah!,” akhiri Nabil. 

Terdahulu, Nabil dan Zira berkahwin pada 30 September 2011 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3 tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Clingy habislaa senang cite.

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Antara Video Realiti Tv Yang Disertai Beliau

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Korang nak tengok @neelofa @nabilzira sahut cabaran MeleTOP sempena 1 Million subscriber di Youtube MeleTOP tak?! Pastikan korang subscribe youtube sekarang ramai ramai ok! #MeleTOP

A post shared by MeleTOP (@meletop) on

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Media Hiburan