Ebit jumpa Mikhael, ketulusan kasih sayang ibu dan anak berlainan agama buat ramai tersentuh

BARU-baru ini SinarPlus berkongsi tentang lelaki mualaf, Muhammad Mikhael Sathayah dan ibunya. Ketulusan kasih sayang dan akrab hubungan antara dua beranak itu biarpun berlainan agama menyentvh hati ramai.

Aktivis masyarakat, Ebit Lew yang terkenal dengan keprihatinannya mengambil peluang bertemu mata dengan saudara baru itu.

“Terharu seb4k masa dengar kisah muka g3ngster tentang kasih sayangnya bersama ibunya walau setelah anaknya masuk Islam.

“Kebaikan ibunya. Muka g3ngster anak mak. Sentiasa menjaga ibunya. Betapa ibunya menyayanginya,” titip Ebit.

Ebit yang menghadiahkan sehelai jubah dan selendang kepada Muhammd Mikhael mengagumi kasih sayang ibu lelaki itu.

“Dekat Ramadan ni makin kuat rindu mak ayah. Buat yang masih ada mak ayah hargai dan sayangilah mereka. Doakan yang sudah pergi .

“Tadi maknya kata pada saya, ustaz jangan sed1h saya macam mak ustaz. sed1h pula rasanya. Rindunya arw4h mak ayah,” titipnya.

Menurutnya, Muhammad Mikhael terharu dengan pertemuan itu.

“Berulang kali (Muhammad Mikhael) cakap saya pend0sa dapat jumpa ustaz. Saya pun orang biasa dan berd0sa. Kita sama-sama perbaiki diri dan doa dapat reda ALLAH,” kongsinya.

Penghijrahan tidak mengh4lang hubungan kekeluargaan. Warganet terharu dan memuji tindakan Muhammad Mikhael yang terus rapat dengan ibunya biarpun sudah mem3luk Islam.

– “Inilah Islam, menyantuni dan mendekati dengan penuh rahmat, Islam itu sejahtera, janganlah t4kut kepada Islam, agama kami tak ajar kegan4san.”

– “Ramai yang bukan Islam yang dah j4tuh cinta pada keindahan ajaran Islam, t4kut nak masuk Islam sebab t4kut kehilangan keluarga. Dalam Islam, ibu bapa walaupun sudah berbeza agama, martabat mereka tetap tinggi. Islam menyuruh kita untuk sentiasa melayani ibu bapa kita sebaik-baiknya. Tidak ada beza pun.”

– “Indahnya bumi bila ramai berdakwah dengan kasih sayang.”

– “Inilah yang dikatakan hidayah itu milik ALLAH, DIA akan berikan petunjuk hidayah kepada sesiapa sahaja yang DIA inginkan.”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my