Pelakon Sharifah Sakinah mengakui berpuasa adalah salah satu amalan yang biasa dilakukan bukan sahaja di bulan Ramadan.
Kata Sakinah, sebelum ini dia sering melakukan amalan diet dengan berpuasa iaitu intermittent fasting untuk mendetoks tubuhnya.
“Saya suka berpuasa kerana saya juga kalau bukan Ramadan pun saya memang puasa.
“Saya amalkan puasa seperti itermittent fasting kerana bagi saya ia detoks terbaik untuk badan kita.
“Puasa ni bagus kerana kalau kita tak disuruh berbuat begitu sampai bila pun kita tak berhenti makan,” katanya kepada Astro Gempak.
Sakinah berkata kepada Gempak ketika ditemui sewaktu majlis pelancaran Rantaian Kasih Habib baru-baru ini.
Kata Sakinah dia mula mendapat kesedaran untuk berpuasa selepas melihat cara pemakanan warga asing menjaga kesihatan ketika berada di luar negara.
“Kesedaran tu sewaktu saya travel ke luar negara dan melihat mereka lebih menjaga makan daripada orang kita.
“Saya lihat mereka makan bila perlu sahaja manakala saya ketika itu bila pergi ke majlis mereka, pinggan saya pula paling penuh.
“Dari situ saya rasa saya kena eat right, workout right sebab sebenarnya makanan ini bagi impak kepada mood dan hormon kita,” kongsinya.
Selain itu, Sakinah memberitahu kelebihan berpuasa membuatkan mindanya lebih fokus terutama ketika solat.
“Bila kita berpuasa juga minda kita jadi lebih fokus. Kalau tidak, bangun pagi sahaja terus dah fikir macam-macam apa nak buat tiada masa untuk diri sendiri.
“Sebab itu kadang-kadang solat pun jadi tak khusyuk sebab kita terlalu sibuk dengan kehidupan seharian.
“Jadi sekarang saya cuba untuk tidak menyibukkkan diri dengan kerja-kerja yang terlalu membebankan supaya saya boleh fokus,” ujarnya.
Mengenai perkembangan terbaharu, Sakinah bakal menjalani penggambaran dengan produksi RedComm di bulan Ramadan ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : gempak.com