Pelakon, Amyra Rosli bukanlah calang-calang anak seni yang mana penangan lakonannya dalam beberapa drama berjaya membuatkan dia antara selebriti wanita yang sering menjadi sorotan penonton drama tempatan di media sosial.
Umum diketahui, pelakon drama Nur ini juga merupakan pengacara rancangan Nona. Melebarkan sayapnya dalam dunia pengacaraan, Amyra Rosli semakin berkembang dalam dunia hiburan tanah air sehingga sering mencuri tumpuan ramai.
Sekadar info, Amyra Rosli telah berkahwin dengan pelakon, Amar Baharin dan kini bahagia bersama sepasang cahaya mata mereka. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga antara yang disenangi ramai kerana Amar Baharin mahupun Amyra Rosli jarang terpalit kontroversi.
Terbaharu, orang ramai cair pula melihatkan bagaimana sweet Amar Baharin terhadap isterinya ini. Menerusi muat naik Amar Baharin, gelagat dirinya terhadap Amyra Rosli membuatkan ramai tertarik dimana mereka yang dikatakan jarang berjumpa dekat rumah, jadi sempat dia mengusik isterinya dengan cara ini.
@amarbaharinofficial Salam Ramadan Nona @Amyra Rosli #amyramar #fyp @TV3Malaysia #nonatv3 ♬ Cute – Aurel Surya Lie
Muat naik video pendek itu turut dihujani dengan pelbagai reaksi diruangan komen yang mana warganet juga mendoakan rumah tangga pasangan bahagia ini kekal sehingga ke Jannah.
“Sweetnya diorang dua ni, semoga kekal hingga jannah… dan dilindungi dalam rahmat Allah”
“Sweet aihh bersemut”
“Sweetnya diorang berdua ni, moga bahagia hingga jannah”
“Abang tunggu la saya kahwin nanti semua trend saya sapu”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : syor.com