Pelakon dan usahawan Tya Arifin baru-baru ini ada memuat naik satu perkongsian di Tik Tok yang menjadi bualan ramai. Di dalam video tersebut, Tya berkongsikan momen semasa dia dimar4hi oleh pengarah ketika dia berada di set penggambaran.
Menurut pelakon kelahiran Indonesia ini, dia mengakui masih lagi berasa sukar untuk bertutur di dalam Bahasa Melayu walaupun sudah beberapa tahun tinggal di Malaysia. Namun dia berasa lebih selesa sekiranya dia ditegur secara peribadi dan bukannya semasa berada di hadapan orang ramai.
“Kena mar4h time shooting karna gak fasih bahasa Melayu. Ya normal la. Ternyata susah banget. But Tya okay kena mar4h. Cuma kalau boleh jangan mar4h depan orang ramai. Jaga la air muka sikit.”
@ohbulanofficial Replying to @Khairi789 Kenapa ya? 🤔🤔#ohbulan #news #faridkamil #dianadianelle ♬ original sound – OHBULAN!
Di dalam video yang dikongsikan itu, kelihatan Tya yang dilihat tenang semasa ditegur oleh pengarahnya gara-gara penggunaan Bahasa Melayunya yang lem4h. Perkongsian tersebut turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang memahami kesukaran dilalui oleh Tya ini.
Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat buat Tya dan berharap ins1den itu tidak akan melem4hkan semangatnya. Tambah netizen, pelakon lain seperti Maya Karin juga pernah mengalami kesukaran yang sama dahulu dan kini mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik.
“Takpe Tya. Dulu Maya Karin pun agak tervk juga masa mula mula, lupa filem apa. Sekarang Maya another level.”
“Bukan tak fasih sebetulnya Tya dah fasih Bahasa Melayu cuma kurang-kurang sikit tu biasalah.”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : syor.com