Kahwin Selepas Selesai Tugas – Ayda Jebat

Jelas aktres itu, sebagai seorang anak dan kakak, dia perlu memastikan kepentingan keluarganya diutamakan sebelum memasuki fasa berbeza bergelar seorang isteri dalam hidupnya.

“Soal perkahwinan masih terlalu jauh untuk saya fikirkan malah saya tidak melihat perkara itu akan berlaku pada waktu terdekat memandangkan masih banyak tanggungjawab yang perlu saya selesaikan.

“Memang ketika ini saya membantu keluarga, ibu dan adik-adik saya juga masih mengharapkan saya. Bukan mereka tidak mampu tetapi sebagai seorang anak dan kakak saya mahu berkongsi rezeki yang saya miliki ini dengan orang yang saya sayang,” katanya.

Tidak mempunyai sasaran usia untuk dia memulakan hidup berkeluarga, bagi Ayda atau Nur Suhada Jebat, 25, ketika ini fokusnya hanya terhadap kerjaya semata-mata.

“Ketika ini saya hanya mahu pastikan tanggungjawab sebagai anak dan kakak diutamakan. Tidak lama lagi adik perempuan saya akan berkahwin jadi saya mahu pastikan perancangan perkahwinannya sempurna.

“Bukan sekadar kewangan sahaja, saya juga mahu menjadi seorang kakak yang dapat memberi bantuan dalam semua segi termasuk memberi nasihat dan sebagainya.

“Bila saya akan memikirkan untuk diri sendiri saya masih tidak tahu tetapi kalau boleh biar adik bongsu saya masuk universiti dahulu. Sekarang dia baru berusia 15 tahun,” jelas Ayda usai pertujukan fesyen pelancaran koleksi Ariani Luminous Lebaran 2018 baru-baru ini.

Dari sudut berbeza, Ayda akur yang kehidupannya sebagai seorang yang dikenali sentiasa menjadi perhatian ramai. Malah kelibat seorang pelakon lelaki yang selalu berdampingan dengannya membuatkan ramai tertanya-tanya definisi sebenar hubungan mereka.

Berkali-kali menjelaskan, dia dan aktor Redza Rosli hanya sebagai kawan rapat, tiada sebab untuk hubungan mereka itu mengelirukan mana-mana pihak, tegas Ayda.

“Kami berkawan… yang boleh saya katakan saya tidak mempunyai ramai kawan dan susah untuk berkawan. Redza antara yang rapat sebab itu kami selalu bersama-sama.

“Tetapi kalau mahu kata hanya keluar berdua-duaan di kawasan umum memang tidak pernah kerana selalunya saya akan ditemani pengurus saya,” jelasnya.

Mengakui aktor kacak itu seorang lelaki yang memahami dirinya, bagi Ayda, bercakap tentang masa depan, dia sendiri mahu melihat Redza pergi lebih jauh dalam kerjaya lakonan.

“Antara sebab saya boleh rapat dengannya kerana sikapnya mampu membawa diri dalam apa-apa juga keadaan,

“Malah dia mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan. Mungkin saya sudah membuktikan sesuatu (dalam karier lakonan) tetapi bagi dia, masih panjang lagi perjalanan,” katanya.

Ayda masih relevan

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

💁🏻‍♀️ Hati tak boleh tipu. Saya terjatuh cinta dengan suami orang. Apa patut saya buat? Tinggalkan dia atau berkongsi kasih? Fuh.. Aryana on set ‘Cinta Bukan Kristal’. ♥️✋💎 . #AydaJebat #Aryana #AJ #AJscreamer #AkasiaTV3 #CintaBukanKristal

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Mempunyai pelbagai produk seni termasuk filem, drama dan lagu, nama Ayda Jebat boleh dikatakan amat serasi dan mudah mendapat tempat dalam kalangan peminat seni tanah air.

Bagaimanapun kebelakangan ini namanya agak kurang diperkatakan. Bukan sekadar semakin senyap daripada sebarang kisah sensasi, Ayda juga agak jarang ditemui pada acara-acara hiburan.

Menjelaskan keadaan itu, Ayda yakin dan percaya bahawa perancangan dan strategi adalah bahagian penting dalam memastikan jangka hayat seseorang anak seni.

“Sebenarnya kalau diikutkan dari segi kerjaya, masih sama seperti tahun lepas. Malah saya mempunyai pasukan yang cukup untuk membantu saya dalam membina kerjaya lebih kukuh.

“Pada masa yang sama juga saya merangka pelbagai aktiviti termasuk perniagaan yang akan saya mulakan tidak lama lagi. Cuma buat masa ini belum masanya saya mendedahkan mengenainya,” kata aktres kelahiran Merlimau, Melaka ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🌈💘 Hi. Ready your wish for me? 😊 . #AydaJebat #AJ #AJscreamer #ImStillYoungOkayBye 🦄

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Mengakui dirinya masih relevan namun Ayda tetap realistik menjelaskan dalam keadaan ini, dia perlu sedar diri berhubung kemampuan setiap produknya untuk bersaing.

“Kalau tanya sama ada saya masih relevan, rasanya Ayda Jebat masih lagi relevan.

“Soal kemenangan dalam mana-mana majlis anugerah memang sepatutnya diberikan kepada yang layak dan saya tahu kemampuan saya, saya sedar diri dan menerima kenyataan.

“Jadi jika produk saya tidak layak kali ini, saya akan buat yang lebih baik pada masa hadapan,” kata optimis.

Kami berkawan baik – Redza Rosli

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🍰 Don’t spend today worrying why yesterday was bad! There will be challenges and difficult times, don’t try to avoid them, but let them mold you into a better person. Be strong, keep on trying and do your best to make better tomorrow. Work hard for what you want because it won’t come to you without a fight. I believe you can achieve much in your life, wish you the best luck! Happy Birthday Handsome! The one that makes me laugh with lawak seram. Haha! Take all the best wishes on this special day and become a great man in life. 💪🎂💘 . Thanks a lot for taking out time for my birthday and for your thoughtful birthday gift. You’re sooo sweet! Manis. Hitam manis. Haha! Susahkan nak surprise kan saya? @redzarosli 😂😜🙏🏻 . #AydaJebat #RedzaRosli #HappyBirthdayAbangJambang #MarchBabies #TerpaksaGelakSebabSelaluTakLawak 🤣

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

BERBICARA dengan Redza Rosli mengenai hubungannya dengan Ayda Jebat yang sering diperkatakan khalayak, aktor tersebut bersetuju dengan kenyataan Ayda bahawa hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan.

Redza mengakui, dia lebih selesa andai hubungan baiknya dengan Ayda tidak disalah anggap oleh peminat.

Jelasnya, memandangkan mereka sibuk dengan kerjaya seni masing-masing tentu sekali perkara itu lebih penting untuk diberikan fokus terlebih dahulu.

“Saya tidak kisah dengan pendapat orang… selagi tidak salah, mengapa saya perlu takut? Saya akui buat masa ini memang dia kawan baik saya.

“Seperti juga Ayda, saya juga tidak mempunyai ramai kawan sebab itu saya selesa dengan dia,” kata Redza.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

❄️❄️❄️❄️ 2017 was so good to me and abang handsome sebelah ni. ‘Face Of Tonton’ oh thank you @tontonmy for choosing us! Love working with you guys. Thank you @tv3malaysia for ‘Duta Terima Kasih 2017’ also @hotfm976 for ‘Drama Lirik Hot’ and yass! Thanks to team @dramasangat for ‘Ku Kirim Cinta’ 👫 . Next drama ‘Ku Kirim Salam Kat Mak Mertua?’ Ada berani? Haha! Semoga dimurahkan rezeki & dipermudahkan perjalanan kerjaya. @redzarosli 😂😘 . ‘Be thankful for what you have. You have no idea how many people would love to have what you’ve got.’ 💙 . #AydaJebat #AJ #RedzaRosli #RR #KuKirimCinta #Farhan #Nisha #TontonMacamVIP #TontonXtra #DramaSangat #AJGoodbye2017

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Mengakui mereka sering dilihat bersama-sama, bagi Redza, sikap Ayda yang matang sedikit sebanyak membantu dirinya.

“Ada banyak perkara yang kami kongsikan malah dia banyak memberi nasihat kepada saya. Jadi tiada sebab untuk saya membataskan hubungan kami memandangkan dia banyak membantu saya,” katanya.

Sementara itu bercakap mengenai pujian pelakon lama terhadap lakonannya, ternyata aktor ini tidak mahu terlalu ‘terbang’ melayang dengan penghargaan sedemikian.

Yang lebih penting buat dirinya adalah untuk terus membuktikan bakat dan memberikan hasil lakonan terbaik serta mengukuhkan namanya dalam persada seni tempatan.

Mengakui, pada awalnya dia agak gementar untuk berlakon di samping mereka yang lebih berpengalaman namun dia sedar ilmu lakonan adalah segala-galanya untuk memastikan dia mampu membawakan satu-satu watak dengan baik.

“Bila berpeluang berlakon dengan orang yang lebih berpengalaman memang saya akui gemuruh tetapi saya gunakan setiap kesempatan yang ada. Sebab itu dalam setahun saya akan menghadiri beberapa kelas lakonan dalam memastikan ilmu lakonan saya itu membantu.

“Bagi saya bakat sahaja tidak mencukupi kerana bakat yang ada perlu diasah antaranya dengan mencari ilmu dengan mereka yang lebih berpengalaman,” katanya. (sylmn)

VIDEO :

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : UtusanOnline