“Banyak Sangat Minyak Ni..” – Dr Rafidah Tegur Khairulaming Buat Resipi Terlampau Banyak Minyak

Pensohor media sosial Khairulaming bukan sahaja terkenal dengan perniagaan sambal nyet yang diusahakannya tetapi turut dikenali dengan video resipi yang membuatkan sesiapa yang menonton terliur apatah lagi di waktu bulan Ramadan ini.

Baru-baru ini sebuah video resipi sambal hijau Khairulaming telah menjadi tumpuan pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdullah yang dilihat menegur pensohor media sosial itu di Twitter.

Kata Dr Rafidah, dia bimbang melihat pilihan resipi yang dipilih Khairulaming seperti tidak sihat kerana mempunyai banyak minyak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Salam Khairulaming. Saya berharap masakan akan datang adalah makanan sihat.

Banyak sangat minyak ni. Goreng is not good. Harap lebih peka dengan masalah rakyat Malaysia.

Dr Rafidah juga meminta agar Khairulaming lebih prihatin kerana dia tidka mahu kesihatan rakyat Malaysia semakin tervk.

Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai reaksi daripada netizen berikutan teguran daripada pakar perubatan itu.

Ada yang bersetuju dan ramai juga memb4ngkang nasihat Dr Rafidah kerana beranggapan bahawa KhairulAming bukanlah kaunselor pemakanan yang bertauliah tapi hanyalah ‘influencer’ dan peniaga di media sosial.

“Pertama sekali, KA bukan content creator untuk makanan sihat. Ada diet coach yang kongsikan makanan sihat. Boleh tengok resipi mereka. Kuantiti bahan tu rasanya kita boleh adjust sendiri. Tak perlu ikut pun.” komen seorang warga maya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : beautifulnara