Tomok ded4h Shuib antara yang borong baju & seluar terkena ‘pengilat kuku’

Beberapa hari lepas, penyanyi terkenal, Tomok telah berkongsi dirinya yang perlu membayar lebih dari RM5,000 pakaian di sebuah butik terkenal selepas anaknya tertumpahkan pengilat kuku di beberapa jenis pakaian yang berharga ratusan dan ribuan ringgit.

Baju seluar kena pengilat kuku

Disebabkan itu, dia telah meminta bantuan orang ramai untuk membeli daripadanya memandangkan pakaian tersebut bukanlah saiznya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Iklankan siapa yang nak beli

Dia telah mengiklankan seluar dan baju di media sosialnya dan percaya akan ada rezeki yang membantunya membeli pakaian-pakaian tersebut kerana dia sama sekali tidak bercadang untuk membelinya jika bukan kerana anaknya tertumpahkan pewarna kuku berkenaan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

Ramai yang bantu borong

Namun begitu, tak lama selepas video tersebut tul4r, Tomok telah berkongsi perkembangan terkini dengan mengatakan yang pakaian-pakaian berkenaan sudah ‘sold out’ dan dibeli oleh beberapa kenalan serta peminat.

Menerusi Insta Story, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah mengucapkan terima kasih kepada pelawak terkenal, Shuib Sepahtu dan juga usahawan kosmetik Anaszahrin serta dua orang peminatnya.

Dalam masa dua jam sahaja, baju dan seluar tersebut sudah diborong dan Tomok mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mendoakan urusannya dipermudah.

Peminat-peminat juga turut menzahirkan rasa penghargaan kepada mereka yang membantu penyanyi itu menyelesaikan masalah tersebut selepas dia mengalami kervgian RM5,593 dalam kejadian di butik jenama terkenal berkenaan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Instagram tomokofficial, OMM