Anak Ke-6 Datuk Seri Aliff Syukri Diberi Nama Luqman Al-Hakim, Bermaksud Bijaksana Dalam Memberi Nasihat

Nama merupakan alamat atau tanda pengenalan bagi seseorang, perkara pertama yang sering menjadi keterujaan para ibu bapa adalah untuk memikirkan nama anak-anak mereka. Hal yang demikian kerana memberi nama kepada anak yang dilahirkan merupakan kewajipan ibu bapa.

Dengan wujudnya nama, maka seseorang itu boleh dikenali dan begitu juga nasabnya diketahui dengan mudah. Bayangkan jika nama tidak wujud pada seseorang, pelbagai urusan duniawi menjadi sukar dan must4h1l seseorang itu dapat hidup dalam keadaan normal.

Justeru, menurut majoriti antaranya para ulama Mazhab Syafie menyatakan bahawa disunatkan memberi nama kepada anak pada hari ketujuh kelahirannya.

Berbahasa soal ini, isteri usahawan sens4si, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida baru-baru ini selamat melahirkan cahaya mata keenam iaitu bayi lelaki yang diberi nama Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri.

Memuat naik gambar di laman Instagram miliknya, Datin Shahida membuat pengumuman itu meluahkan tanda kesyukuran kehadrat Ilahi.

Memperhalusi maksud nama yang diberi oleh pasangan selebriti ini, menurut sumber sahih, Allah SWT telah mengisahkan seorang ayah bernama Luqman yang kehidupannya penuh dengan nasihat (hikmah).

Memetik kenyataan Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan, ulama sepakat menyebut bahawa Allah kurniakan kepadanya hikmah dan dirakamkan nasihatnya melalui al-Quran.

Jumhur ulama’ mengatakan beliau adalah wali dan bukan nabi. Luqman hanyalah seorang ahli hikmah karena dalam Alquran disebutkan bahwa Allah memberikan hikmah kepadanya.

Selain itu, dia terkenal dengan nasihat kepada anaknya untuk berbakti kepada kedua orang dan tidak menyekvtukan Allah.

Sesungguhnya nama yang diberikan ini sungguh mulia dan membawa maksud yang baik.

Menjengah ke ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata warganet memuji pasangan usahawan ini di atas pemilihan nama diberikan.

Murai MY di sini turut ingin mengucapkan tahniah buat Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida di atas rezeki yang dikurniakan!

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my