PU Riz Puji Neelofa, Lu4h Syukur Isteri Semakin ‘simple’ Buat Persiapan Raya

Pelakon dan pendakwah selebriti, Haris Ismail atau dikenali Pencetus Ummah (PU Riz) memuji isterinya, Noor Neelofa yang juga seorang selebriti terkenal yang semakin ‘simple’ dalam berbelanja terutama persiapan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Syukur persiapan raya semakin simple

PU Riz sewaktu bertemu media dalam majlis berbuka puasa berkata, persiapan raya mereka pada tahun ini adalah ringkas jika hendak dibandingkan dengan sebelum ini.

“Lofa (Neelofa) pun makin ‘simple’ tahun ini. Alhamdulillah,”luahnya.

Malah, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail juga berharap agar isterinya terus mengekalkan sikap bersederhana dalam melakukan persiapan menyambut perayaan pada tahun-tahun akan datang.

Sambut raya di Kuala Lumpur dulu

Tambah Haris, mereka sekeluarga akan meraikan hari raya pertama di Kuala Lumpur terlebih dahulu memandangkan kedua ibu bapa mereka tinggal berdekatan.

“Kita punya acara tahunan raya ini sudah ditetapkan sebab kedua-dua ibu bapa tinggal berhampiran di Kuala Lumpur.

“Selepas itu, mungkin kita akan balik ke kampung ibu dan ayah di Kelantan dan Besut mengikut keadaan macam mana,”jelas mereka berdua lagi.

@lofa.page ‘Lofa pun makin simple tahun ni.’ – HBI Majlis Berbuka Puasa Bersama Haris & Neelofa #neelofa #harisneelofa #nunha #neelofateam ♬ original sound – Lofa.Page

Takkan bersuara mengenai masalah rumah tangga selebriti lain

Sementara itu, Neelofa yang juga bekas pengacara Meletop memberitahu dia mengambil pendekatan untuk tidak bercakap atau bersuara mengenai sebarang permasalahan rumah tangga selebriti lain yang sedang ber4ntakan ketika ini.

Walau bagaimanapun, aktres berusia 34 tahun itu mengakui mereka mempunyai kekurangan sendiri selain Haris percaya bahawa setiap pasangan ada ujian dan dugaan yang harus ditempuhi.

“Suami cakap jangan ambil tahu, jangan komen apa-apa, jangan cakap apa-apa, sebab kita macam mana. Doakan sajalah yang baik-baik,”ujar Neelofa.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Alhamdulillah, dapat jodoh terbaik

Setiap pandangan dan kata-kata yang dil0ntarkan oleh pasangan itu mendapat pujian ramai di mana mereka menyatakan Neelofa mendapat seorang suami terbaik dalam hidupnya meskipun lambat bertemu jodoh.

Neelofa dan Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkahwin pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.

Pada Mac lalu, Neelofa akhirnya turut membuka mulut bahawa dia h4mil anak kedua.

Sumber: TikTok @lofa.page, Instagram @officialhlive

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OMM