“Takkan Ada Foto Ayah Bermula Hari Ini, Ayah Pilih Untuk Tinggalkan Kami Lagi” – Surat Terbuka Syada Buat Nd Lala

Sebelum ini, kec0h di media sosial mengenai pergolakan rumah tangga penyanyi era 1980-an, ND Lala apabila isterinya, Fauziah Sarman memuat naik foto seorang wanita yang dipercayai merupakan madunya. Malah, ada d4kwaan juga menyatakan Fauziah telah memfailkan percer4ian.

Baru-baru ini, anak kepada pasangan ini iaitu Syada Amzah berkongsi satu ucapan serta surat terbuka sempena hari ulang tahun kelahiran bapanya.

‘Ayah tidak memilih kami..’

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, adik kepada penyanyi Shila Amzah ini memberitahu bahawa mereka sekeluarga tidak tahu bagaimana cara untuk menghubungi bapanya. Oleh disebabkan halangan tersebut, Syada mengambil kesempatan untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran serta meluahkan isi hati terhadap bapanya.

Ayah, tidak akan ada lagi gambar ayah bermula hari ini. Surat terbuka ini kerana tidak ada seorang pun yang boleh akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62. Terima kasih atas segala pengorbanan ayah membesarkan kami berempat.

Bagi pihak adik-beradik, saya tahu saya hanya ada kakak, Shafiq, Syahir dan saya sahaja. Kami terima kenyataan yang ayah memilih untuk tinggalkan kami lagi, ayah tidak memilih kami. Kami telah mengetahuinya sebelum ini tetapi sekarang semuanya jelas.

Dalam kesempatan itu, Syada sempat memberi ucapan hari raya selain mendoakan yang terbaik buat kehidupan yang dipilih bapanya itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Sumber: Syada Amzah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://ohbulan.com/