Pelakon dan pengacara popular, Awal Ashaari mengaku turut terp4lit dengan ujian rumah tangga sepanjang tempoh 11 tahun perkahwinan.
Menurut Awal, sudah lumrah pasangan suami isteri berdepan masalah dan ujian dalam perkahwinan, namun bezanya adalah cara untuk mengawal dan mencari jalan penyelesaian.
“Bagi saya, setiap pasangan ada ujian masing-masing. Mungkin ini masa mereka, kami belum tentu. Saya dan Scha juga tidak selalu berbunga-bunga. Ada ujian dan aib yang Tuhan jaga,” katanya.
Pemilik nama Ahmad Awaluddin Ashaari, 41, dan isteri Scha Al-Yahya, 39, turut berkongsi, mereka akan sentiasa mencari jalan penyelesaian untuk berkomunikasi agar perg4duhan yang berlaku tidak berlarutan.
Malah, Awal berharap agar rakan selebriti yang terp4lit dengan isu rumah tangga terus kuat dan percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
“Jawapan kami klise, pasangan mana yang tidak ada ujian, tidak berg4duh. Mungkin cara kami selesaikan masalah berbeza. Setiap dari kita ada cara masing-masing.
“Tapi, bila lihat ujian yang kawan selebriti perlu tempuh, saya doakan mereka kuat. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Kita tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” jelasnya.
Dalam pada itu, Awal berharap agar netizen di luar sana tidak menjadi ‘hakim’ sehingga sanggup mengeluarkan komen meny4kitkan hati kepada rakan selebriti yang berdepan masalah rumah tangga, apatah lagi mereka pastinya sangat rapvh dan berper4ng dengan em0si sendiri.
“Doakan yang terbaik untuk mereka. Tak perlu kita mengervhkan keadaan. Kita sangat mudah terpengaruh bila em0si sedang berkec4muk,” ujarnya.
Untuk rekod, Awal Ashaari dan Scha Al Yahya mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan iaitu, Lara Alana, 9, dan Lyla Amina, 2.
Sumber: Utusan
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.hotfm.audio/