“Dia Baru 21 Tahun..” – Hijab Dah ‘Terbang’, Haqiem Rusli Enggan P4ksa Isteri Bertudung

Beberapa hari yang lalu, isteri kepada penyanyi hebat, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea membuat netizen persoalkan mengenai imej barunya yang berbeza dari sebelum ini.

Dapat dilihat pada mulanya, foto yang dimuat naik oleh Anis di laman Instagram kelihatan dia hanya memakai selendang warna putih tanpa memakai anak tudung di dalam hingga menampakkan rambutnya.

Bukan itu saja, foto-foto yang sebelum ini dirinya sempurna bertudung turut dipadam oleh isteri penyanyi tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒇𝒆𝒂 (@anissofeaaz)

Dalam pada masa yang sama, timbul spekvlasi mengatakan hubungan suami isteri itu mempunyai masalah kerana Anis memadam semua fotonya serta foto bersama Haqiem juga.

Tampil perjelaskan bagi pihak pasangan tersebut, ibu kepada Haqiem iaitu Nazrah Nordin berkata hubungan mereka masih baik dan tiada apa-apa masalah.

Tambahannya lagi, dia akui menantu masih dalam proses mempelajari untuk membiasakan diri berhijab selain Haqiem juga enggan mem4ksa isterinya.

Disebabkan Anis baru berusia 21 tahun, jadi kami tidak mahu terlalu menekan.

Sekadar info, Haqiem Rusli dan Anis Sofea mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 19 November 2021 tetapi pasangan tersebut masih belum dikurniakan cahaya mata.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : beautifulnara