Perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza di gimnasium mencetus rasa teruja dalam kalangan peminat untuk turut serta bersenam.
Persiapan stamina
Menerusi hantaran di laman Instagram (IG), Siti atau lebih mesra disapa TokTi dilihat memuat naik videonya yang sedang membuat persiapan stamina sebagai persediaan untuk konsertnya yang bakal berlangsung pada Mei ini.
View this post on Instagram
Hantaran itu meraih perhatian netizen kerana TokTi yang tetap bersenam walaupun masih dalam musim Aidilfitri.
Masa dah tak lama untuk Konsert Satu Suara Vol3. Beraya tetap beraya tapi persiapan stamina kena buat juga sebab saya sangat teruja untuk konsert ini.
Ini yang kita mahukan!
Menjengah ke ruangan komen, terdapat beberapa rakan artis yang turut teruja dengan semangat pelantun lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ itu untuk kembali bersenam setelah lama cuti beraya. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang memuji persiapan TokTi yang bukan sahaja dari segi vokal tetapi dari segi tenaga fizikalnya.
Sumber: Instagram @ctdk
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://ohbulan.com/