Selepas lama menyendiri, penyanyi, Sufian Suhaimi akhirnya mended4hkan identiti teman wanitanya ketika menghadiri majlis akad nikah rakan artis, Aiman Tino di The Astana, Bamboo Hills, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, penyanyi berusia 31 tahun itu enggan memberitahu nama sebenar kekasih hatinya itu dan memaklumkan dia hanya memanggilnya dengan gelaran sayang.
Betul, itulah teman wanita saya. Usianya 23 tahun. Dia masih lagi menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian.
Jelasnya lagi, dia tidak mahu terlalu mended4hkan identiti wanita berkenaan kerana bimbang perkara itu buatkan kekasihnya tidak selesa.
Bukan nak berahsia tapi saya tak nak terlalu berkongsi. Kalau keluar sama-sama, kami buat macam biasa, tak ada pula sorokkan hubungan kami.
Dalam pada itu, Sufian memaklumkan dia mengenali wanita berkenaan daripada seorang kawan sejak tahun lalu.
Keluarga masing-masing pun dah tahu hubungan kami cuma belum berjumpa lagi.
@syarfllepancake Sufian suhaimi bawa siapa tu 🫣 #sufiansuhaimi ♬ Terasa Ada – Sufian Suhaimi
Meninjau di ruangan komen di sebuah portal hiburan, rata-rata netizen memberi bayangan bahawa kekasih baharunya itu lebih baik daripada bekas kekasihnya yang juga merupakan pelakon, Elfira Loy.
Bukan itu sahaja, ramai yang memuji kecantikan wanita itu dan mengatakan penyanyi lagu Di Matamu itu sememangnya layak untuk mendapatkan kebahagiaan selepas dikec3wakan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : beautifulnara