GARA-gara watak antagonis Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) Noorkhiriah sebagai Aishah menerusi drama, Nur, dia telah dikec4m hebat oleh netizen.
Pun begitu, Noorkhiriah binti Ahmad Shapie atau lebih dikenali Noorkhiriah, 41, berkata, dia sudah bersedia berdepan dengan kec4man yang akan dilemparkan.
“Tak ada hal dik, itu lakonan semata-mata. Mana yang baik ambil, yang buruk jangan.
“Apa pun itu adalah kerja sepasukan. Semua memberi tiada yang kedekut. Akak memang dah siap untuk dikecam.
“Simpan marah tu sikit tau. Akan bakal menyusul yang buat anda lagi panas hati dengan Aishah,” tulisnya.
Terdahulu, pelakon berbakat besar ini ada menerima kiriman Direct Message di Instagram miliknya daripada penonton drama tersebut yang memuji watak Aishah.
“Assalamualaikum akak saya minta maaf sebab termarah akak dalam drama Nur.
“Jadi, maksudnya lakonan akak menjadilah, saya terlepas sampai termaki akak. Saya minta maaf ya saya tak sengaja,” katanya jujur.
Selain Noorkhiriah, Drama Nur menyaksikan lakonan pelakon berbakat besar seperti Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani, Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Laila Nasir, dan ramai lagi.
Video Berkaitan: Ntahlah dik..dah cuba jadi sekepit2nya..terlepas gak🙏🏻
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SinarHarian