Genap seminggu dilahirkan ke dunia, pelakon Puteri Sarah Liyana berkongsi gambar terkini anaknya yang diberi nama Sumayyah.
Isteri kepada pengarah filem, Syamsul Yusof itu memuat naik sekeping gambar di laman sosial Instagram yang kelihatan anak keduanya sedang nyenyak tidur.
”My name is Sumayyah binti Mohd Shamsul. I am 8 days old” ❤️
Posting tersebut dihujani dengan pelbagai komen dimana ramai peminat dan pengikutnya memuji kecomelan bayi perempuan berkenaan yang turut memiliki rambut lebat.
KOMEN NETIZEN:
Comel sangat kan..
Semoga menjadi anak yang soleh..
Tahniah kelahiran anak kedua…
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Mac 2014 dan mempunyai cahaya mata lelaki, Syaikul Islam yang kini berusia dua tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Instagram Puteri Sarah Liyana via AkuOkay