Ramai sedia maklum pelakon cantik Rita Rudaini mempunyai dua orang anak lelaki hasil perkahwinannya dengan pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan. Anak-anak mereka bernama Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.
Namun begitu jodoh mereka tidak panjang dan berakhir dengan penceralan. Aidil kemudiannya berkahwin lain. Manakala sehingga kini Rita masih lagi belum berjumpa pengganti Aidil dan dia membesarkan kedua-dua anaknya sendiri.
Walaupun sebelum ini pelbagai kisah duk rumahtangga Rita menjadi vlral di media sosial, namun semuanya tidak mematahkan semangat Rita untuk menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak-anaknya.
Menerusi akaun instagram, Rita juga selalu berkongsi gambar dan video anak-anaknya. Rita turut memuatnaik aktiviti anaknya yang juga minat bermain bola sepak.
Terbaru, Rita memuatnaik gambar anaknya, Arjuna di pintu gol. ‘Caption’ yang ditulis oleh Rita mendapat perhatian netizen.
Semua sedia maklum, Aidil merupakan antara salah seorang pemain bola sepak yang handal dan hebat di Malaysia. Bakat dan minat Aidil menurun kepada anak-anaknya.
Netizen beranggapan mungkin Rita memaksudkan bahwa Rita yang bersusah payah membesarkan anak-anaknya, tetapi bila anaknya bermain bola, nama ayahnya pula yang dikaitkan.
Kapsyen IG :
Mak punya susu,bapak yg dpt nama …… pepatah melayu baru 😉
VIDEO :
Rata-rata peminat kagum dengan kesabaran dan ketabahan Rita membesarkan anak-anaknya. Antara komen-komen peminat :
Tahniah sis…Teruskan apa yang ada sekarang…
Semoga kebahagiaan kekal milik sis dan 2 hero pujangga…
Abaikan saja kak mulut makcik-makcik bawang…
Apapun, SV harap semoga Rita Rudaini tabah dengan semua ujian yang dihadapinya. Setiap manusia diuji Allah, itu tandanya Allah sayang. Setiap orang ujiannya tidak sama, berbeza-beza. Yang penting cara kita berhadapan dan mengatasinya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Instagram Rita Rudaini