Kita hanya mampu merancang, Allah penentu segalanya. Ungkapan yang tepat mewakilli rasa hati wanita cekal bernama Ezza Yusof ini.
Biarpun pernah bertakhta di hati hero Malaya pujaan ramai, Remy Ishak, namun Ezza tidak mahu terus berduka dengan kisah putus tunangnya itu.
Bagaikan mendapat suntikan semangat baharu, Ezza positif melangkah ke depan dan tidak mahu lagi mengenang kisah lalu.
Kata-kata semangat itu diluahkan dalam Instagram miliknya sempena meraikan ulang tahunnya ke-36.
“Alhamdulillah. Selamat hari jadi kepada saya. Mari mulakan hari istimewa ini dengan tenaga dan semangat baharu, Insya-Allah.
“Saya akan berhenti bercerita tentang kisah lalu dan memulakan kisah baharu untuk diri saya.
“Rahsia untuk berubah adalah dengan fokus kepada seluruh tenaga baharu, bukannya berjuang mempertahankan kisah lalu sebaliknya bina sesuatu yang baharu,” ungkap Ezza.
Pemilik nama penuh Roszaliza Yusof ini juga reda dengan dugaan yang dilaluinya dan yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya.
“Walaupun berdepan saat sukar, saya percaya kejayaan akan datang dan saya tahu saya boleh lakukannya.
“Saya akan menjadi lebih baik. Tiada apa yang mampu menghalang dan mematahkan semangat saya,” tulisnya penuh motivasi.
Terdahulu, industri hiburan gempar dengan pengakuan Remy Ishak yang mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Ezza Yusof telah putus sejak sebulan yang lalu. – MHE
“Saya belum mampu…” – Remy Ishak putus tunang!
PERSOALAN mengenai status pertunangan Remy Ishak yang menjadi teka-teki selama ini terjawab apabila aktor ini mengesahkan dia dan Ezza Yusof tidak mempunyai ikatan lagi sejak sebulan lalu.
Mengakui hubungan mereka berada dalam kr!sis, Remy bagaimanapun menegaskan perpisahan itu bukan berpunca daripada kehadiran orang ketiga seperti didakwa sesetengah pihak sebelum ini.
“Benar kami sudah putus tunang tetapi apa yang berlaku bukan salah dia (Ezza) kerana dia seorang wanita yang baik dan bukan disebabkan orang ketiga.
Gambar kenangan Remy Ishak bersama tunangnya.
“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum boleh menjadi seorang lelaki untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga… Saya belum mampu.
“Apabila saya tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini jadi adalah lebih baik saya lepaskan Ezza kerana itu adalah tidak adil untuknya kerana saya tak mahu menahannya dalam hubungan itu,” kata Remy.
Pelakon Pujaan Hati Kanda ini ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk Origina pada Rabu.
Remy dan Ezza Yusof bertunang pada Mei 2017.
Status pasangan itu mula menjadi tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia mengakui dirinya kembali solo dalam video live di Instagram miliknya baru-baru ini.
“Tak apa dik, tak ada orang nak dekat abang dah. Kalau hensem-hensem tak ada orang nak, so kita gemuk pun tak apalah. Kita single kan,” katanya dalam video itu.
Dalam pada itu, Remy berkata, dia tidak menolak kemungkinan hubungan mereka akan kembali bertaut sekiranya mempunyai jodoh pada masa hadapan.
Malah katanya, dia dan Ezza kini berada dalam tempoh bertenang dalam memikirkan hala tuju hubungan mereka malah dia masih belum memulangkan cincin pertunangan secara rasmi kepada keluarga pihak perempuan.
“Kami mungkin bukan lagi pasangan tetapi tetap berkawan baik malah masih bekerjasama sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.
“Sekarang saya anggap tempoh bertenang dalam mencuba memperbaiki kelemahan diri yang ada.
“Selebihnya ia terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada umum dan berilah ruang kepada kami tambahan pula banyak hati tang perlu kami jaga,” ujarnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: MHEtv via Mstar