Berpeluang membawa seisi keluarga mengerjakan umrah di Tanah Suci menjadi pengalaman indah dan sangat bermakna buat pelawak dan pengacara Ajak Shiro.
Ajak kini berada di Madinah bersama isteri tercinta, Afifah Amin serta tiga cahaya mata mereka, Mohamad Jad Thaqif (9), Mohamad Had Thaqif (6) dan Nada Soffea (4).
Lebih istimewa pasangan bahagia ini turut meraikan ulang tahun ketiga-tiga anak mereka yang berkongsi tarikh lahir yang sama iaitu 25 Mac.
View this post on InstagramAda orang tu xboleh solat.. Teman kita luar masjid jerk lah eh.. . @afifahamin . #myjannah #mywife
View this post on Instagram
View this post on InstagramDoakan perjalanan kami sekeluarga ke Madinah🛫 . #mylove #myheart #sayaajakdansayatidaksombong
Ajak bersama keluarga tersayang yang kini berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.
Ucapan Ajak buat tiga permata hati yang diungkapkan menerusi Instagram miliknya sangat menyentuh hati warganet.
“Selamat hari lahir anak-anak baba dan ibu. Semoga membesar jadi orang berguna dan membantu orang-orang lain di dunia.
“Jadikanlah anak-anak kami anak-anak yang bijak dan hormat ibu bapa dan taat kepada perintah Allah.
“Jika kita utamakan keluarga, insya-Allah kawan-kawan, nikmatnya hanya kita yang rasa. Keluarga adalah segalanya,” tulis Ajak.
Seronok MHE TV tengok famili ajak menikmati masa berkualiti bersama lebih-lebih lagi dapat sama-sama menunaikan ibadah umrah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. – MHE TV
Sumber: MHEtv
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Tube Viral