PENYANYI Ara Johari berkata tiada siapa mampu menandingi kehebatan ibunya memasak juada raya seperti rendang dan lemang.
“Sebenarnya perkara yang paling saya nantikan menjelang raya ialah sesi menjamah masakan yang dibuat ibu. Rendang dan lemang yang dimasak ibu berbeza daripada air tangan orang lain, saya tak sabar nak attact yang itu dulu.
“Selain itu Aidilfitri di kampung halaman semakin meriah sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila saudara mara yang jauh di perantauan pun gigih balik beraya,” kata Ara kepada mStar.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar