Stacy tidak tahan gelak apabila dia tersasul menyebut perkataan pertubuhan menjadi persetubuhan.
BUKAN mudah untuk seseorang itu menjadi pembaca berita dan itu yang terjadi kepada penyanyi Stacy apabila dia tersasul menyebut perkataan yang membawa maksud sangat berbeza.
Stacy, 29, berkongsi sedutan video dia menjadi pembaca berita segmen Komuniti Awani di saluran berita Astro Awani pada malam, Ahad di laman Instagramnya.
Menerusi video tersebut memperlihatkan pemilik nama Ummu Syaikhah Stacy Anam ini gelak tanpa henti disebabkan tersasul menyebut perkataan pertubuhan menjadi persetubuhan.
Bagaimanapun menurut Stacy, dia bersyukur kerana ia terjadi bukan ketika secara langsung dan video tersebut merupakan hanya disebalik tabir.
Stacy berkongsi sedutan video tersasul.
“Pertubuhan jadi persetubuhan saya sebut. Bukan senang mahu baca berita tau terbelit-belit lidah mahu kejar tu ayat. Inilah antara disebalik tabir yang tersalah. Nasib baik bukan secara langsung,” katanya.
Rata-rata pengikut di laman sosial isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini terhibur menonton gelagat dia yang tidak dapat menahan gelak selepas tersasul.
Sebelum ini, penyanyi Misha Omar turut meluahkan rasa teruja apabila impiannya ketika zaman kanak-kanak untuk menjadi penyampai berita tercapai apabila diberi peluang menyampaikan segmen tersebut.
Selain Stacy dan Misha, antara selebriti lain yang pernah terlibat dalam segmen tersebut iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar, Fara Fauzana dan ramai lagi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar