Tiga OKU buta m4ngsa keb4karan hanya minta radio dari Raja Muda Perlis

Kedengaran, permintaan itu agak pelik. Tapi itulah permintaan tiga OKU buta yang hanya mahukan radio selepas rumah mereka h4ngus dib4kar anak saudara sendiri dalam kej4dian di Kampung Titi Besi, Arau semalam.

Permintaan itu disuarakan OKU bernama Halijah ketika kunjungan Tuanku Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hasrat itu kemudiannya ditunaikan petang tadi apabila kakitangan Raja Muda Perlis, Mohd Hisamudin Mat Rodi, 36, menyerahkan radio
kepada warga emas tersebut iaitu Halijah Ibrahim,78, Che Manai,73, dan Che Zainah,67.

Halijah berkata, dia dan adiknya selalu mendengar radio pada waktu malam bagi mengetahui perkembangan semasa selain menghilangkan kesunyian.

“Dalam kebakaran semalam, radio kami turut musnah terbakar. Hendak tengok televisyen tidak nampak, kami hanya dengar radio,” katanya.

Dalam kejadian pukul 3.30 petang semalam nyawa tiga beradik buta terselamat selepas jeritan mereka didengari penduduk yang segera mengeluarkan mereka dari rumah yang sedang terbakar.

Rumah tersebut terbakar dipercayai dibakar anak saudara sendiri yang tidak berpuas hati selepas permintaannya yang mahukan duit tidak dilayan m4ngsa. ,- MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Utusan Online via MHE TV