“Anak mama..” – Alhamdulillah pembdahan Ainul berjaya, kini semakin stabil. Ini status terkini dari Dr. Amalina!

Terdahulu, menerusi posting yang dibuat oleh bapa bayi deriita kansser muKut, Ahmad Safiuddin, telah menimbulkan tanda tanya ramai mengenai keadaan terkini bayi itu.

Difahamkan adik Ainul telah menjalani pembedahan sejak malam tadi, justeru ramai yang tertunggu-tunggu mengenai status kesihatan bayi comel itu.

Terbaru, maklumat terkini yang diterima menerusi Instagram ibunya, Nurul Erwani, memaklumkan bahawa anaknya, Ainul, berada dalam keadaan stabil.

Di dalam entri tersebut, Nurul Erwani sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua doktor yang terlibat dalam memastikan pembeedahan Ainul berjaya, serta semua yang telah mendoakan anaknya.

Pada masa yang sama, Dr. Amalina, yang merupakan antara doktor yang terlibat memastikan pembeddahan berjalan lancar, meluahkan rasa syukur dan kagum dengan semangat yang ada pada bayi kecil itu.

Alhamdulillah..Terima Kasih Allah!

Sumber : Dr Amalina & Nurul Erwan

 

BERITA BERKAITAN SEBELUM INI

Kemenangan menunggu mu Ainul Mardhiah

MELAKA: “KuaAt ya anak, kemenangan menunggu mu,” itu harapan yang diluahkan Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah, yang menghidap kanser mulut Germ CeII Tum0r.

Melalui status terbaru di Facebook miliknya malam tadi, Ahmad Safiuddin seakan memberi gambaran anak perempuannya yang berusia sembilan itu kini sedang melalui proses rawatan seterusnya.

Melalui status dimuat naik, Ahmad Safiuddin berkata walaupun beliau dan isteri Nurul Erwani Zaidi, 24, tidak dapat menemani anaknya, mereka yakin malaikat ada untuk menjaga Ainul Mardhiah.

“Apa pun jawapan Allah, mama dan walid akan terus reda serta bersyukur,” katanya melalui perkongsian di Facebook miliknya.

AHMAD Safiuddin bersama isteri, Nurul Erwani Zaidi dan anak mereka, Ainul Mardhiah. – Foto Khairunisah Lokman

Malah, kira-kira jam 8 malam tadi, Ahmad Safiuddin turut memuat naik gambar bilik yang menempatkan Ainul Mardhiah kosong tanpa kelihatan anak kecil itu.

Melalui perkongsian dimuat naik itu, rata- rata yang mengikuti perkembangan Ainul Mardhiah mendoakan anak kecil itu diberikan kesembuhan.

Antara posting asal beliau

Pada 24 Mei lalu, Ainul Mardhiah bersama ibu dan bapanya terbang ke London bagi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sana.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HarianMetro via Celoteh saje