Namun, perkongsian pembantu peribadinya, Nadiah Kahiruddin memberi perspektif baharu netizen terhadap wanita besi yang cukup hebat dalam kerjayanya.
Nadiah serta seorang lagi pembantu peribadi Neelofa dibawa ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah beberapa hari lalu.
View this post on InstagramRaya is always about the fam bam, missing @athishakhan ! 💕 #teamrayoklate
“Sudahlah bawa kami ke sini, selepas itu dia sering menunggu kami. Baiknya dia ini. Bersyukur kerana memiliki seorang ketua seperti Neelofa,” kata Nadiah.
Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang turut memuji peribadi mulia Neelofa yang melayan pembantunya dengan baik.
Dalam video tersebut, Neelofa yang sedang membaca al Quran dilihat menunggu pembantunya di dalam masjid.
Dalam satu temubual eksklusif MHE TV bersama Nadiah sempena ulang tahun kelahiran Neelofa baru-baru ini, pembantu peribadinya itu menyifatkan pengacara itu sebagai seorang yang tegas namun berhati mulia dan memahami beban tugas pekerja di sekelilingnya.- MHE TV
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV