Nurul Erwani memangku Ainul, bersama suami, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak di hospital sebelum pembedahan dijalankan. Foto instagram _nrlerwani
AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, bayi berusia sembilan bulan menghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor yang kini dir4wat di sebuah hospital kanak-kanak di London, United Kingdom selamat menjalani pemb3dahan.
Menerusi status di akaun Instagram ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi, wanita itu mengucapkan kesyukuran kerana pembedahan anaknya berjalan dengan lancar.
“Alhamdulillah semua dipermudahkan. Ainul stabil, cepat-cepat sihat ya Ainul. Nanti kita boleh balik Malaysia jumpa kawan-kawan Ainul,” katanya menerusi perkongsian pada awal pagi Selasa.
Nurul Erwani turut berterima kasih kepada semua doktor dari pelbagai bidang yang bekerjasama untuk memastikan urusan membabitkan anaknya berjaya.
“Syukur, perancangan Allah paling indah sekali. Teruskan selit doa untuk Ainul di setiap solat kita. Ainul perlukan semangat kita untuk dia terus kuat. Terima kasih semua,” tambah Nurul Erwani.
Status yang dimuat naik oleh ibu Ainul di akaun Instagramnya pada awal pagi Selasa.
Sementara itu, Dr Amalina Che Bakri yang tampil untuk membantu merawat Ainul memberitahu, ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulut Ainul berjaya dikeluarkan selepas pemb3dahan yang mengambil masa lima jam.
Bapa Ainul berkongsi kesyukuran di laman sosial Facebook miliknya.
Menurutnya, memandangkan ia merupakan pembedahan berisiko tinggi, banyak persiapan yang diperlukan untuk dilakukan sebelum pemb3dahan bagi memastikan bayi berkenaan selamat.
“Banyak perancangan, banyak imbasan, banyak perbincangan dan banyak kesabaran,” katanya sambil menambah bahawa pasukan perubatan itu diketuai oleh Profesor David Dunway dan Dr Julian Ong.
Perkongsian berita gembira oleh Dr Amalina di Instagram mengenai Ainul selamat dibedah.
Dr Amalina turut berbesar hati kerana menjadi sebahagian daripada pasukan pemb3dahan.
Tambahnya, Ainul kini dipantau selepas pemb3dahan dan dia dalam keadaan stabil.
“Saya tidak dapat mengawal emosi sebaik keluar dari bilik pemb3dahan dan melihat ibu bapa Ainul. Perasaan saya bercampur-baur, satu perjalanan yang cukup emosi dan menggembirakan pada masa sama.
“Doakan untuk Ainul sembuh. Terima kasih di atas doa anda,” katanya yang menganggap Ainul seperti keluarganya sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar