Pelakon, Yatt Hamzah berkongsi kegembiraan apabila mengumumkan dirinya kini h4mil anak keempat.
Meskipun anak keempatnya baru mencecah usia setahun, namun Yatt nyata bersyukur dan terharu atas kurniaan rezeki zuriatnya.
Perkongsian tersebut dibuat Yatt menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Kelakar bila teringat masa mula2 perasan perut ni buncit. Mati2 ingat sympton kegemukan. Langsung tak syak preggy sbb fully bf baby mmg jarang period, so mmg xtahulah kalau preggy melainkan check.
“Tu yg x tahu sampailah masuk minggu terakhir Ramadhan, dah lain macam buncit ni, baru tergerak hati nak test dg pregn4ncy test dlu then baru ke klinik. Dalam hati mmg ragu2, mcm tak percaya sbb kesian Medina kan kecil lg.
“Baru setahun x puas bermanja takkanlah dah nk dpt adik. Tp bila tgk positive kat strip pregnancy test tu, terus terdiam dan terkejut. Mampu redha dlm syukur,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut menceritakan detik awal saat dirinya disahkan h4mil.
“Lepas tu terus buat appointment utk Ultrasound di @klinik_anda_wangsa_melawati dg Dr Sakinah yg baik lg cantik tu, utk confirmkan pregnancy ni. Bila scan je terus muncul makhluk comel ciptaan Allah di skrin Ultrasound tu.
“Terus bergenang air mata. Speechless, walaupun dah 4 kali lalui fasa yg sama ni tp msh perasaan yg sama ku rasa, sebak, gembira, gementar. Pandang suami, dia senyum saja dg muka selambernya.
“Tapi tahu dia pun happy dan kalau boleh kali ni nk baby Boy. Alhamdulillah dr Sakinah kata baby masa tu berusia 10 minggu 4 hari dan dlm keadaan sihat cuma masih x nampak jantina krn msh terlalu kecil. Alhamdulillah TQ @klinik_anda_wangsa_melawati,” kongsi Yatt yang turut memberitahu, dia mengharapkan agar dikurniakan bayi lelaki dengan kehamilan ini.
“Bonda ni pun kalau boleh nk boy sbb semua all 3 girls kan. Tp Kalau Allah nk bg Girl juga x kisah, asalkan baby sihat dan sempurna. Syukur Alhamdulillah.
Yg paling excited semestinya #theSucis Kak Nia & Iqlima. Yeayy, Bonda ada baby baru.. kata dorang. Medina pun dah tersengih2 tgk kakak2nya happy. Hehehe.
“Tak tahu yg Bonda dah berpeluh2 memikirkan apa lah nasib Bonda nanti bila all 4 bergabung. Yg 3 ni pun Bonda dah collapse. Doakanlah Bonda dan baby dlm perut ni sama2 kuat berjuang melayan kerenah 3 kakaknya, selamat dan sihat hinggalah hari dia berjumpa dg kakak2nya nanti. Aameen,” kongsinya panjang lebar.
Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah berkahwin dengan juru video, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Suci Humaira Iqlima, 3, dan Suci Hayfa Medina, setahun.
Terdahulu, usahawan ini juga turut mempunyai seorang anak, Suci Hanania Malika, 7 iaitu hasil perkongsian hidup dengan Abdul Mutalib Shukor. Tahniah buat Yatt dari MH!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Yatt Hamzah via MH