DIPUJI kerana penampilan menawan dan cantik bak gadis sunti, pelakon Faezah Elai mengakui menerima mesej peribadi daripada lelaki yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat lagi.
Faezah berkata masih ada yang belum mengetahui dia merupakan seorang isteri dan ibu kepada dua orang anak.
“Akak tahu memang akak nampak macam 16 tahun tapi akak dah 37 tahun dik, dah beranak dua, tudung pun dah labuh bawah perut, adik-adik teruna hangpa janganlah DM benda merapu.
“Minat tak salah tapi akak ni bini orang, faham na… akak memang macam Jessica Alba tapi dalam gambar saja dekat rumah macam hantu Kak Limah, hantu Kak Limah tengok akak pun dia sendiri lari.
Perkongsian Faezah di Instagram.
“Akak post gambar bukan nak tunjuk cantik tapi banyak baju dan tudung kena review, sebab tu akak limit komen untuk elak benda-benda negatif dan pujian-pujian berlebihan takut rasa riak,” katanya.
Pelakon drama Setelah Cinta Itu Pergi berkongsi luahan tersebut di Instagram pada Selasa.
Gara-gara ada yang masih belum mengetahui mengenai statusnya itu, Faezah berkata dia perlu memuat naik foto bersama suami yang juga pengarah Heykal Hanifah bagi mengelakkan fitnah.
“Tu yang la ni dok kena boh gambar dengan suami, maklumlah akak ni pelakon sendu, mungkin orang tak tahu yang akak dah kahwin atau ada juga ingat tak ada laki.
Faezah bersama suami dan anak tersayang.
“Untuk elakkan fitnah akak bubuh gambar dengan suami ni. Hangpa jangan salah faham, akak habaq ni bukan nak buat perasan cantik, but it seems my husband tak berapa nak berkenan, maklumlah suami dalam hati ada taman.
“Maaf sekali lagi, maaf sangat kalau yang terasa, kalau DM yang relaks-relaks akak okay saja. Jangan yang merapu-merapu tu, kalau DM merapu memang sampai kiamat lah akak tak balas dik!,” ujarnya.
Faezah berkahwin dengan Heykal pada September 2011 dan turut menjaga anak tirinya iaitu
Luqman Hakim, Sarah dan Luq Adam.
Hasil perkahwinan dengan Heykal, Faezah dikurniakan dua cahaya mata, Dealova Heyrinna, 6, dan Aurora Heyrinna, 3 tahun.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: mStar