“Kita Positif Saja Ya, Moga Lebih Damai,” – Erra Fazira

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira baru-baru ini ada berkongsi beberapa keping foto bersama pengarah terkenal, Michael Ang menerusi Instagram.

Kongsi penyanyi Jendela Hati ini di ruangan kapsyen, foto throwback itu dirakam sekitar Ramadan lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Throwback Ramadhan. . . Me n my darling @michaelang38 … Buat larian obor dari set GERAKKHAS ke dapur halal michael Ang! Demi mu Mike!! . . Penghijrahan Mike adalah berita yang paling gembira buat saya.. saya ingat lagi, Mike datang ke rumah.. memberi salam. Saya terpaku.. kemudian dia beritahu yg dia dah bergelar Muslim kini. This was last year.. Ya Allahhhh happy nya dan hampir menitis air mata saya mendengar. . . Saya teringat 3,4 tahun lalu.. sewaktu pengambaran sebuah telemovie, semasa puasa.. Mike tanya kami yg ada dlm set.. KENAPA PERLU PUASA? SEBAB APA? Kita pun jawablah dengan segala macam ilmu yang ada.. last last dia sound kita.. AHHHH SALAH! AKU YG NON MUSLIM NI PUN TAHU.. KORANG JAWAB APOOOO..?!! 🤣🤣 time tu rasa nak pelangkung kepala dia pun ada.. tp sbb kami dah saling memahami .. perbincangan panas itu berakhir dgn baik malah menjdi sessi ilmu yg bermanfaat kpd semua. . . Mike mmg suka berdebat tapi dia bukanlah sejenis kalau salah pun nak menang. Kalau salah dia akui, kalau betul, dia fight! Sayang kau Mike!! Kau mmg kawan yang baik.. . . Sebenarnya byk cerita kalau nak kongsi pasal anak manja yg bernama @michaelang38 ni.. 😁😆 tapi nanti2 lah ea.. simpan sikit.. nanti kita sambung.. .

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Throwback Ramadhan. Me n my darling @michaelang38 … Buat larian obor dari set GERAKKHAS ke dapur halal michael Ang! Demi mu Mike!!

“Penghijrahan Mike adalah berita yang paling gembira buat saya.. saya ingat lagi, Mike datang ke rumah.. memberi salam. Saya terpaku.. kemudian dia beritahu yg dia dah bergelar Muslim kini. This was last year.. Ya Allahhhh happy nya dan hampir menitis air mata saya mendengar,” tulisnya.

Pada masa sama, bintang senior ini turut kembali merakam memori puasa bersama Michael.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

. Selamat Hari Raya dari keluarga kecil kami.. mohon ampun maaf atas segala salah silap saya dan keluarga.. . . Yeayyyy bukan senang dapat bergambar dengan mak saya.. dia pemalu sikit utk bergambar.. tapi sbb anak cucu paksa.. akhirnya dia akur.. . Mak, mak lawa laaaa .. awet mudo tauuu.. jgn la malu bergambar.. LOVE YOU MAK!! 😆😘😘❤️💋 . . Yang lelaki tu.. adik saya yang punnnnnn pemalu gak orgnya.. belum tawen lagi, tapi rasanya mcm dah ada awek dah.. dok melekattt dgn hp.. ada la tewww🤪!! LOVE YOU ABANG!!!. . My Aleesya n my Muti.. . . hehee.. perlu kenalkan lagi ke? siapa yg selalu follow saya, mesti tahu kann.. . . Si tecik tu.. my one and only daughter.. penyeri hidupku.. amanah dan anugerah terhebatku.. Love you to the moon and back shayang mom!! 💋❤️🥰 . . . Muti pulak.. haaaa ni org paling kuat .. kdg2 macam mak tiri pun yer jugak..🤪🤣🤣 Banyak jasa Muti kepada saya ~ dari Aleesya belum lahir sampai la sekarang.. terima kasih Muti kerana menjadi sebahagian dalam keluarga kami.. sayang muti ku seorang ini.. 🥰❤️💋. .

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

“Saya teringat 3,4 tahun lalu.. sewaktu pengambaran sebuah telemovie, semasa puasa.. Mike tanya kami yg ada dlm set..

Kenapa perlu puasa? Sebab apa? Kita pun jawablah dengan segala macam ilmu yang ada.. last last dia sound kita..Ahhhh salah! Aku yg non muslim ni pun tahu.. Korang jawab apoooo..?!!

“Time tu rasa nak pelangkung kepala dia pun ada.. tp sbb kami dah saling memahami .. perbincangan panas itu berakhir dgn baik malah menjdi sessi ilmu yg bermanfaat kpd semua.

“Mike mmg suka berdebat tapi dia bukanlah sejenis kalau salah pun nak menang. Kalau salah dia akui, kalau betul, dia fight! Sayang kau Mike!! Kau mmg kawan yang baik.

“Sebenarnya byk cerita kalau nak kongsi pasal anak manja yg bernama @michaelang38 ni. Tapi nanti2 lah ea.. simpan sikit.. nanti kita sambung,” kongsi Erra panjang lebar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan pandangan terhadap foto yang dimuat naik.

Malah, ada juga beberapa komen yang ditinggalkan bertanya mengenai hubungannya dengan rakan pelakon, Datin Seri Umie Aida gara-gara status yang dimuat naik pelakon berkenaan, awal semalam.

Meski tidak menyebut nama, namun ada di antara netizen yang membuat kesimpulan sendiri bahawa apa yang berlaku seperti merujuk kepada mereka berdua memandangkan hubungan keduanya cukup akrab.

Tidak meninggalkan reaksi terhadap apa yang ditanya, Erra bagaimanapun dilihat ada meninggalkan komen di ruangan sama beberapa jam lalu.

Namun tidak dapat dipastikan tujuan komen tersebut ditulis Erra.

“Salam semua. Maaf ya. Saya delete mana yang boleh mengundang cerita panjang atau balah-balah. Kita positif saja ya. Moga lebih damai,” tulisnya.

Terdahulu, status Umie yang mengund4ng tanya tanya peminat di Instagram itu sudah pun dipadam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  Instagram Erra Fazira via MH