Pelakon jelita Zahirah Macwilson yang baru saja mengikat tali pertunangan bersama pelakon kacak Aiman Hakim Ridza memang sedang menikmat saat bahagia.
Lebih menggembirakan, lakonan mereka berdua dalam Curi-Curi Cinta mendapat sambutan yang sungguh hebat daripada peminat-peminat drama tanah air.
Dalam satu entri di Instagramnya, Zahirah turut berkongsi sisi kelakar tunang tersayang ketika melakonkan babak-babak dalam Curi-Curi Cinta.
“Behind the scenes susahhh gila nak tahan gelak shoot dengan Aiman ni. Ada je buat lawak. Ira tengah pegang phone sbb buka lyrics incase dia lupa haha!
“Time scene Danial ckp dia tak nak anak tu Ber-Bin atau Ber-Binti dgn nama dia.. dia boleh tibe2 ckp “aku tak nak anak tu ber bin atau ber binti dgn… ULTRAMAN! Dah lah scene serious… aduh,” tulis Zahirah.
Tambah Zahirah, banyak lagi babak lain yang membuatkan dia terpaksa menahan ketawa dengan lawak-lawak Aiman.
“Scene dia paksa Intan cium tangan pun tahaaaaan je gelak .. cm mne Intan tak stress.
“Anyway, I hope you all enjoyed this drama! Final episode tomorrow! Missing the CCC team!,” tulis Zahirah lagi.
Malam ini merupakan episod terakhir drama Curi-Curi Cinta.Jangan terlepas untuk menyaksikannya pada pukul 10.00 malam menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Gempak