Hai kawan, mama saya nak cari jodoh! – Usikan anak Isma raih perhatian warganet

Awal 2018, ikatan perkahwinan antara komposer, Zul 2By2 atau Zulkefli Majid, 46 dan bintang Akademi Fantasia musim ketujuh (AF 7), Isma Ismail, telah pun terlerai setelah 19 tahun hidup bersama.

Baru-baru ini, anak kedua pasangan berkenaan iaitu Muhammad Haiqal Aydiel, 20, telah memuat naik sebaris ayat menerusi Twitter miliknya dengan niat mahu mengusik ibunya, Isma, lalu mengundang reaksi umum.

“Hai kawan-kawan, mama saya nak cari jodoh. Mohon doakan dia cepat jumpa ya.

“Semestinya, calon yang kaya sebab saya nak ‘pau’ duitnya!” tulisnya pada ruang kemas kini akaun media sosialnya itu.

Dek kicauan Twitter yang disifatkan lucu serta selamba itu, rata-rata warganet meninggalkan komen positif, seolah-olah mereka merasai betapa mesranya hubungan antara dua beranak terbabit.

Bahkan, Isma atau Ismaliza Ismail, 40, turut membalas usikan anak bujangnya itu dengan kata-kata amaran, namun boleh diagak, penyanyi itu tidak serius memaksudkannya.

“Astaga… Hoi, budak buat hal! Tunggu balik, aku piat telinga,” balas kakak kepada penyanyi, Tomok Indrawan itu.

Selain Haiqal, empat lagi anak hasil perkongsian hidup pasangan berkenaan sejak 16 April 1998 ialah Muhammad Haiqal Aiman 21; Seri Aida Merlissa, 18; Seri Ayreen Merlynda, 16 dan Seri Adryana Mercella, 12. – MHE TV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MHE TV