Hari ini, 16 Jun merupakan sambutan istimewa buat golongan bapa.
Pelakon jelita, Rita Rudaini tidak terkecuali mendedikasikan hari istimewa sempena Hari Bapa dalam laman Instagram miliknya.
“Rasa bertuah dipilih untuk besarkan anak-anak sorang-sorang tanpa bantuan sesiapa.
“Ada yang bercerai tapi anak-anak masih dibiaya bapa, duit sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan segala perbelanjaan sehingga dewasa, beruntungnya mereka…alhamdulillah.
“Tapi saya sebaliknya. Tanggungan penuh atas bahu saya dari mereka kecil sampai sekarang. Sekolah, perayaan, tempat perlindungan dan macam-macam,” tulis Rita.
Jelas Rita lagi, dia bersyukur kerana dipilih Allah untuk ujian ini di dalam hidupnya.
“Ini bahagian saya. Ini anak-anak kandung darah daging saya. Mana mungkin saya berkira-kira.
“Saya tak rasa susah mencari rezeki sorang-sorang. Penat? Ye itu biasa tapi bila dapat menyuap rezeki ke mulut anak-anak, saya bahagia.
“Saya rasa ibu tunggal di luar sana pun merasa benda yang sama macam saya. Selamat Hari Bapa untuk ibu-ibu tunggal,” tulisnya.
View this post on InstagramBye2 kampong…c u next raya 😂😂…tq auntie yg dok sebelah ryan..dia bg duit raya 😉
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008, namun merely mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.
Hasil daripada perkahwinan tersebut, pasangan itu dikurniakan dua anak, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, yang kini di bawah jagaan Rita. – MHE TV
View this post on InstagramTkasih ..baju sisturrr dr @shoesshoesshoe5 nurita harith …dan baju kurta anak2 dr @hollakidz 😘
View this post on InstagramSelamat menyambut bulan ramadhan dr kami sekeluarga ❤️ #ryanarjunarudaini
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MHE TV