Hos dan penyampai radio, Issey Fazlisham ada berkongsi memori indah bersama Allahy4rh4m bapanya, Mat Hussin Hassan Gul.
Perkongsian tersebut antara lain merakam kenangan sekitar tahun 2006 lalu, saat bintang itu baru sahaja memulakan pengajian di IPTA.
“2 March 2006. Abah pergi tinggal aku. Masa tu aku baru masuk Uitm. Abah pernah marah aku, sebab aku nak pergi Shah Alam naik motor (dari Kelantan). Aku pergi jugak. Keluar rumah aku nak salam pun dia macam marah lagi.
“Tapi, walaupun abah marah, esok tu abah call aku, dia tanya, ‘motor ok ke? Ok tak perjalanan’.
“Aku tahu, perjalanan aku dari Kb – Shah alam masa tu diiringi doa abah. Dan seminggu selepas itu, abah pergi tinggalkan kami semua. Al-fatihah abah. Mat Hussin bin Hassan Gul (1943-2006),” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata turut bersedih atas kehilangan bapanya selain turut sedekahkan al-Fatihah.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Instagram Issey Fazlisham via MH