“Sangat Terburu-Buru,” – Perkenalan Singkat, Ini Respon Anak Berhubung Percer4ian Kali Keempat Si Ibu, A.Aida

Penerbit, Datuk A. Aida baru sahaja melakukan pengumuman di sidang media khas berikutan k3s percer4ian bersama pelakon Ariff Aziz 25 April lalu.

Lalu, MH ada meminta pandangan anak-anak penerbit terkenal ini mengenai perpisahan yang berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Early birthday present. Hari ni kena paw kaw2. Baru habis SPM punya pasal

A post shared by A Aida Awang (@a_aidaproduction) on

Luah dua anaknya iaitu Wan Az Aleesa, 23 dan Wan Azevanatasha,18, mereka sepakat  menerima keputusan yang dilakukan si ibu andai itu yang terbaik.

Mama memang tanya kita dulu. Masa dekat Mesir, mama pun tertanya-tanya patutkah dia buat semua ni (keputusan berpisah).

“Setelah berbincang, kami beritahu ini mungkin yang terbaik,” jelas mereka.

Ditanya mengenai pandangan mereka bahawa perkahwinan singkat si ibu turut dilakukan secara terburu-buru, ini kata mereka;

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Spend time with my love @azevanatassha

A post shared by A Aida Awang (@a_aidaproduction) on

Kami pun okay saja. Asalkan Mama gembira, kami pun gembiralah. Cuma kalau lelaki tu okay, dia cuba kenal ahli keluarga terlebih dulu.

“Maknanya, sebelum kahwin dia kena ambil hati keluarga dulu juga.

“Sebab hati Mama pasti dia sudah miliki, tapi hati keluarga belum tentu lagi. Jadi dia kena berusaha untuk menangi hati ahli keluarga lainnya.

Mungkin perkenalan itu singkat, kenal tu memang kenal. Pernah jumpa tapi tidak terlalu mengenali sejauh mana dia kenal kita. Sangat terburu-buru,” ulas mereka lagi.

Penerbit Datuk A. Aida mengumumkan percer4iannya dengan Ariff Aziz, 30, pada 25 April lalu menerusi sebuah sidang akhbar khas yang diadakan di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Sidang media tersebut antara lain dibuat penerbit berkenaan bagi menjelaskan hal sebenar berikutan timbul pelbagai spekvlasi mengenai rumah tangganya sebelum ini.

“Penjelasan telah dibuat oleh peguam saya dan seperti yang dinyatakan, pada 25 April saya telah bercerai. Cuma apa yang boleh saya cakap, jodoh ajal itu adalah rahsia Allah.

“Saya minta kalian untuk mendokan yang baik-baik sahajalah,” katanya pada sidang media berkenaan.

Ditanya sama ada dia sudah serik untuk mendirikan rumah tangga memandangkan ini merupakan kegagalan bahtera rumah tangga yang dibinanya buat kali keempat, Aida atau nama sebenarnya, Zaidah Awang punya jawapan sendiri.

Jelasnya, tiada siapa yang mendirikan rumah tangga untuk berpisah.

“Macam yang saya beritahu sebelum ini, jodoh dan ajal itu rahsia Allah. Siapa yang nak kahwin untuk bercer4i-ber4i. Tapi itulah sampai di situ sahaja jodoh kita, saya reda dan tawakal.

“Punca itu biarlah. Bila berlaku sesuatu perceraian, maknanya tiada jodoh.

“Bila terjadinya perceraian, maknanya ada masalah. Jadi bila saya rasa sudah tidak mampu lagi untuk bersama dengannya saya berjumpa dengan peguam dan berbincang.

“Seperti yang ditanyakan, pada 4 April saya failkan cerai, minta kebenaran untuk berpisah secara baik,” katanya yang turut mengakui tidak lagi berhubung dengan bekas suami sejak berpisah secara rasmi.

Ditanya adakah sikap bekas suami hingga menyebabkan perpisahan ini berlaku, Aida tidak mahu mengulas lanjut mengenai hal berkenaan.

“Lumrah manusia bila bercinta semuanya wangi. Bila berlaku perpisahan, macam-macamlah. Jadi biarlah rahsia.

“Cuma saya buat sidang media untuk menjelaskan spekluasi yang banyak tanya mengenai status saya. Untuk elak fitnah dan saya pun penat dan rasanya lebih baik saya umumkan saja.

“Kalau boleh saya nak sorok saja, tapi tidak boleh sebab masyarakat asyik bertanya. jadi saya jelaskanlah,” kongsi Aida yang merakamkan rasa syukur kerana anak-anak menjadi penguat semangat dalam mengharungi ujian hidup.

Pada masa sama, A.Aida turut menjelaskan perpisahan yang berlaku juga tiada kaitan dengan orang ketiga.

Difahamkan, keduanya mulai rapat ketika Ariff menjayakan beberapa projek drama di bawah produksi A Aida sekitar 2015, namun hubungan kian intim sejak awal tahun lalu.

Ikuti sidang media secara langsung menerusi FB Live MH.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: MH