“Alhamdulillah Syukur, Nantilah Saya Cerita Ya,” – Beri Gambaran H4mil Pada Usia 42 Tahun, Rakan Artis Terus Ucap Tahniah!

Pelakon Abby Abadi beberapa hari lalu ada berkongsi foto bersama dua orang doktor di sebuah klinik yang menjadi kegemarannya kini.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah apabila bintang berkenaan ada menulis kapsyen seperti membayangkan dirinya kini hamil pada usia 42 tahun tahun.

“Alhamdulillah terima kasih doktor-doktor muda yang cantik menawan ni layan pesakit dengan sangat baik sekali. Sangat suka dapat kenal dengan doktor-doktor yang baik budi ni. Dah la baik, cantik comel berbudi bahasa pula tu.

“Suami saya bawa saya pergi scan tadi. Alhamdulillah syukur. Nantilah saya cerita ya. Segan nak cerita sekarang awal lagi. Untuk doktor-doktor dan adik-adik di Klinik Anda, jagan serik jumpa saya setiap bulan mulai bulan ni ye,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lalu, posting yang dikongsikan beberapa hari lalu itu mendapat reaksi serta ucapan tahniah dari peminat, termasuk rakan selebriti.

Terdahulu, Abby berkahwin dengan Faizal Zakaria atau dikenali sebagai Jaiezzany, 45, pada 14 Ogos 2015.

Sebelum ini, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 Disember 2008 dahn perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11.

Sementara Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia pada tahun lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:  Instagram Abby Abadi via MH