Pelakon Norman Hakim mengimbau kembali kenangan menyambut kelahiran anak keduanya, Marissa Dania di dalam kereta.
Menerusi satu entri ‘repost’ di Instagram miliknya, Norman mengimbau kenangan tersebut selepas Marissa mengucapkan Selamat Hari Bapa.
Marissa dalam ucapannya bersyukur kerana dikuniakan bapa seperti Norman dan mendedahkan pelakon itu yang menyambutnya sewaktu dia dilahirkan.
“Hi guys, ini lah papa saya, dialah orang yang sambut saya waktu saya dilahirkan dulu. I am so grateful and blessed for having a special father like you. i appreciate you a lot.
Take care always and God bless. wish you a good health and pleasant, happy father’s day,” tulis anaknya.
Norman kemudian membalas dengan memberitahu dia menyambut kelahirannya anaknya di dalam kereta.
“And hi guys!Inilah anak saya no.2.Dialah orang yang saya sambut waktu dia terlahir dalam kereta dulu.
“Tq cayang papa @marissadaniaaaaa_ …Love u 3000 more & more cayang papa,” katanya.
Dalam kejadian yang berlaku pada 3 Julai 2005 lalu, bekas isteri Norman, Abby Abadi yang saraat mengandung tidak sempat tiba di hospital untuk kelahirkan anak kedua mereka.
Norman yang memandu ketika itu memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka untuk menyambut kelahiran Marissa.
Terdahulu, Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerrai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Kini Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan turut dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Astrogempak via Celotehsaje