Namun dengan menggunakan kreativiti tersendiri, bapanya berjaya menghasilkan satu beg yang dianyam hanya menggunakan tali rafia. Hasilnya memang mengagumkan sehingga menjadi tular di serata dunia!Kisah beg sekolah budak dari Kemboja ini menjadi tular di sosial media apabila ia dikongsi oleh salah seorang penggunanya yang bernama Sophous
Suon.
Menerusi perkongsian itu, pemilik akaun berkenaan mendakwa seorang bapa di Kemboja terpaksa membuat sendiri beg sekolah anaknya menggunakan tali rafia. Beg itu juga cukup kukuh untuk diisi beberapa buah buku.Berikut adalah beberapa foto beg tersebut yang digayakan kanak-kanak itu ke sekolah:
Perkongsian itu turut disertakan beberapa gambar menunjukkan seorang kanak-kanak sedang menggalas beg tersebut yang diperbuat daripada tali rafia berwarna biru.Seni anyaman kemas lelaki itu juga dilengkapi dua tali hitam dan kancing yang dijadikan sebagai penutup beg anaknya.- MHE TV Memang terperinci dan kreatif sangat hasilnya!
Perkongsian ini juga telah meraih 5,800 shares dan rata-rata netizen memuji daya kreativiti dan buatan kemas bapa kepada kanak-kanak ini.Nanti adalah tu jenama antarabangsa
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!