Primadona Alaf Baru, Erra Fazira menyatakan dia tidak berhasrat untuk memanjangkan isu hang4t yang melibatkan dirinya bersama rakan baik sebelum ini.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chik menjelaskan, memilih untuk berdiam diri, memandangkan itu yang terbaik.
“Saya tidak berhasrat menjawab dah bicara tentang isu yang sedang diperkatakan masa kini.
“Saya memilih untuk berdiam diri atas keputusan saya sendiri.
“Apa-apa pun saya mengambil perkara yang berlaku ni sebagai satu titik hitam dalam hidup saya.
“Saya berharap dan tolong doakan juga agar perjalanan saya lebih baik dan InsyaAllah.
“Saya hanya mahu teruskan hidup denga. Yang lebih baik, produktif tenang dan damai. Saya harap sangat pihak media beri kerjasama, kita tutup buku dan mula yang baru.
“Saya berduka atau tidak itu adalah cerita saya. Hal peribadi dan saya ada tempat untuk mengadu. Alhamdulillah,” katanya sejurus ditemui di sidang media program Mingguan Wanita musim terbaru di Kuala Lumpur.
Pada masa pelakon Hingga Hujung Nyawa itu turut mengakui apa yang berlaku adalah pengajaran paling baik dalam hidup.
“Belajar tu memang banyak belajar. Pengajaran yang best dalam hidup. Apa yang berlaku langgar lubang atau dinding, kita buat apa sekali pun, ia bukan pelajaran yang tak bagus.
“Semua bagus untuk saya. Saya lebih gemar pandang ke depan dengan preseptif dan pandangan yang lebih positif. Harapnya begitu,” kongsi Erra.
Ini rakaman penuh bersamanya;
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: MH