“My wife. Alhamdulilah,” – Tiada Angin Tiada Ribut, Afiq Muiz Sudah Pun Bernikah Dengan Pelakon Baru, Pachara Apin Semalam!

Pelakon, Afiq Muiz dilaporkan sudah sah bergelar suami kepada pelakon baru, Pachara Apin. Pernikahan mereka dilangsungkan secara sederhana semalam.

Malah, aktor berkenaan turut memuat naik beberapa foto sekitar pernikahannya itu sebentar tadi di Instagram.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulilah

A post shared by Muhamad Afiq Muiz (@muhamadafiqmuiz) on

“My wife. Alhamdulilah,” tulisnya ringkas menerusi entri foto Pachara yang dikongsikan Afiq.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My wife ❤️ ( Nur Aaira Mahdeya ) Alhamdulilah

A post shared by Muhamad Afiq Muiz (@muhamadafiqmuiz) on

Sementara itu, menerusi Insta Stories Pachara pula, bintang berkenaan turut memuat naik beberapa foto sama yang direpost kembali.

Afiq ketika dihubungi MHE TV berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan majlis pernikahan tersebut namun mengakui lebih selesa untuk mengadakannya secara tertutup.

“Tiada sebab pun saya merahsiakan pernikahan. Kalau ada orang tanya, saya bagitahu sahaja. Ya, saya kini suami orang.

“Cuma saya lebih selesa menyelesaikan perkara satu persatu. Lagipun, keputusan ini dipersetuji kedua-dua pihak keluarga.

“Insya-Allah, majlis resepsinya kelak, saya akan jemput semua termasuk pihak media. Cuma tarikhnya belum ada,” katanya.

Dalam pada itu, Afiq berkata, perkenalan selama enam bulan dengan Pachara yang juga seorang pelakon membibitkan rasa cinta dan mereka terus buat keputusan untuk bernikah.

“Dia seorang wanita yang memahami dan terima saya seadanya. Walaupun singkat perkenalan kami, namun saya yakin dia adalah jodoh terbaik yang ditentukan Tuhan,” katanya. – MHE TV

Sementara itu, Syafie bakal pula bakal mengikat tali pertunangan dengan adik kepada Afiq yang juga seorang pelakon, Aishah Azmanpada minggu ini. Tahniah buat mereka!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Foto: Instagram Afiq Muiz, Pachara Amin via MH/MHETV