Beberapa keping gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah beratur di sebuah restoran makanan segera di Temerloh tular di laman media sosial semalam.
Baginda yang lengkap berpakaian serba putih baru sahaja selesai menunaikan solat jumaat.
Salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Hajah Shahaniza Shamsuddin berkongsi kisah ketika mengiringi Tuanku dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah sewaktu itu.
Ada cerita menarik disebaliknya…
Ini memang pic of the year. Esok nak pergi print dan frame gantung kat dinding. Ada cerita menarik disebaliknya. Pagi tadi, saya ditugaskan oleh YAB MB DS Wan Rosdy Wan Ismail untuk ke Temerloh mengiringi keberangkatan KDYMM SPB Yang Dipertuan Agong dan KDYMM Raja Permaisuri Agong melawat mangsa-mangsa ribut di Temerloh bersama YB DS Mohd Sharkar dan YB DS Syed Ibrahim.
Tuanku tiba-tiba kata nak makan kentucky.
Selesai melawat rumah-rumah yang terlibat, Tuanku tiba-tiba kata nak makan kentucky. ” Lepas Jumaat kita pergi” titah baginda. Saya dan isteri DS Sharkar dan DS Syed Ibrahim dan beberapa orang isteri kenamaan lain mengiringi KDYMM Raja Permaisuri beristirehat di Istana Sri Udara sementara menunggu Tuanku selesai solat Jumaat.
Setibanya kami di KFC hadapan SK Tanjung Lalang Temerloh, Sri Paduka Baginda YDPA telah pun menunggu. Kagum saya lihat, Tuanku Permaisuri spontan sahaja menuju ke kaunter untuk memesan ayam goreng perisa kegemaran suaminya. Tidak lama kemudian Seri Paduka Baginda YDPA sendiri pula bangun ke kaunter untuk melihat sendiri menu dan membuat pesanan. Kami yang mengiring juga membuat pesanan masing-masing.
Tuanku Permaisuri terus setuju…
Raja Permaisuri menitahkan saya duduk disebelah baginda. Perut memang dah lapar, maka ayam goreng dihadapan saya memang nampak sangat menyelerakan. Saya menjeling ke sebelah. Saya lihat sudah tersedia sudu garfu untuk kegunaan Tuanku. Dalam hati, tak puas lah nanti makan ayam goreng guna sudu garfu segala. Dengan perlahan saya bisik kepada Raja Permaisuri, ” Tuanku, kalau dapat makan pakai tangan ni baru best..” Seperti yang saya jangka, Tuanku Permaisuri terus setuju.” Jom! kita semua makan pakai tangan!”.Haaa..lega saya.. jeling pula kepada SPB YDPA , baginda pun dah mula santap menggunakan tangan. ” Semua orang makan guna tangan ya!” Titah Tuanku Permaisuri kepada DS Sharkar, DS Sallehuddin Ishak dan Ds Syed Ibrahim serta isteri yang duduk dihadapan kami.
Lepas hajat saya nak makan kfc. Dah 3,4 hari teringin…
Apa lagi, kami menikmati KFC hingga menjilat jari ( saya je ) Hehehe. Tuanku berdua pula memang sangat humble. Sambil santap, bercerita dan berkongsi dengan kami pelbagai perkara. Setiap cerita bukan cerita kosong tapi penuh dengan ilmu dan iktibar untuk kami. Sempat juga saya bercerita yang saya lahir waktu Ayah mengajar di SK Tanjung Lalang yang terletak di hadapan KFC tersebut dan uri saya di tanam disitu. Sambil berseloroh Tuanku Permaisuri bertitah kepada YB DS Sharkar ” next time kalau banjir, awak panggil shahaniza..rendam kaki dia kejap kot terus surut!” kami ramai-ramai ketawa. Jangan lepas ni Ds Sharkar buat betul sudah lah! Hahaha.
Selesai santap, SPB YDPA mengucapkan Alhamdulillah. ” lepas hajat saya nak makan kfc. Dah 3,4 hari teringin”. titah baginda.
Pendekata, hari ini hari yang sangat manis untuk saya. Junjung kasih Tuanku belanja makan KFC!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: FB @Shahaniza Shamsuddin via OMM